Wednesday, April 23, 2014

Mama tahu saya kuat kan

'Mama tahu saya kuat kan'

Kota Kinabalu: "Lain kali mama (ibu) jangan nangis lagi, mama tahu saya kuat kan, ” kata Huguan Isaac, 10, murid Tahun Empat yang pipinya tertusuk besi penutup parit sepanjang satu meter kepada ibunya, semalam.

Kata-kata itu diungkapkan murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart di sini, sebaik sedar selepas menjalani pembedahan apabila melihat ibunya menitiskan air mata, pagi semalam. 

Huguan yang masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, kelihatan lemah dengan kesan luka di bawah bibir serta pipi kanannya bengkak, namun masih mampu bercakap.

Ketika ditemui di wad kanak-kanak hospital itu, ibu Huguan, 40-an, yang enggan namanya disiarkan berkata, sebaik anak bongsu daripada dua beradik itu terjaga selepas semalaman tidur susulan pembedahan mengeluarkan besi berkenaan, beliau menangis sebelum berkata kepada anaknya: “Kau tahu mama menangis sangat teruk.”

Wanita itu berkata, melihat keadaan itu, anaknya memujuk supaya tidak lagi menangis kerana beliau seorang yang kuat.

“Huguan tidak menangis sejak kejadian itu semalam (kelmarin). Sejak dulu, beliau memang jarang menangis... ibu mana yang tidak sedih melihat keadaannya, ” katanya.

Difahamkan, Huguan yang menerima 10 jahitan di pipi belum dibenarkan keluar hospital kerana masih dalam pemantauan rapi oleh doktor.


p/s: Kuat bah budak ni. Respek sama dia.

Esscom berkas 'utusan' Sultan Sulu

Esscom berkas 'utusan' Sultan Sulu

LAHAD DATU - Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberi kuasa oleh Sultan Sulu untuk mengurus orang Suluk yang berada di daerah ini diberkas di Kampung Long Danau, Jalan Silabukan, kira-kira 16 kilometer dari bandar Lahad Datu, semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu, ditahan jam 5.30 pagi melibatkan operasi khas diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan Esscom.

Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata, lelaki itu ditahan kerana memasang bendera Kesultanan Sulu yang dikhuatiri mempengaruhi semangat patriotik orang Suluk yang menetap atau menjadi warganegara di negeri ini.

Beliau tidak memberi butiran lanjut identiti lelaki berkenaan yang hanya memiliki salinan kad pengenalan atas faktor keselamatan.

"Pihak Esscom mengesan bendera itu dipasang di rumah lelaki berkenaan semasa anggota keselamatan Esscom diketuai Pegawai Memerintah 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membuat rondaan kira-kira jam 9 malam Ahald lalu.

“Anggota kita yang membuat rondaan melihat ada bendera tersebut dipasang di salah satu rumah di kampung itu yang menimbulkan rasa curiga dan berikutan itu, anggota keselamatan melaporkan perkara itu kepada Bahagian Pertahanan Esscom dan seterusnya
memaklumkan Briged Esscom berpangkalan di Cenderawasih (Felda Sahabat).

“Anggota pertahanan dan keselamatan Esscom membabitkan satu platun masing-masing dari RAMD, komander tentera dan VAT 69 (polis) mengepung perkampungan itu sebelum menyerbu rumah disyaki,” kata Mohammad dalam satu kenyataan.

Susulan tangkapan, suspek dibawa ke ibu pejabat polis daerah Lahad Datu untuk siasatan.

Long Danau terletak tidak jauh dari Kampung Tanduo yang merupakan medan pendaratan kumpulan penceroboh atau pengganas Sulu pada Februari tahun lalu. - Bernama

sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/esscom-berkas-utusan-sultan-sulu-1.273308

p/s: Ni apa motif ni?


Burung yang jarang kelihatan jatuh cinta dengan Zoologist





Burung Sirroco adalah Kakapo dalam spesis burung Kakak Tua. Video di atas diambil oleh beberapa orang Zoologist untuk tujuan dokumentari tapi siapa sangka burung ini telah jatuh cinta salah seorang dari mereka. Burung secara perlahan mendekati salah seorang zoologist ini dan terus naik ke belakang leher zoologist tersebut. Lihat video untuk lihat lebih lanjut apa kejadian yang telah berlaku.



Tuesday, April 22, 2014

Raja Bomoh halau Puaka Gua Tempurung


Raja Bomoh datang lagi. Kini dengan ritual menghalau Puaka Gua Tempurung.

Sakit alat sulit, gadis mengaku dirogol lelaki

KUCHING: Seorang gadis mengaku dirogol lelaki yang baharu dikenalinya sejak sem­inggu lalu selepas mengalami kesakitan pada alat sulitnya.

Difahamkan, mangsa yang baharu berusia 15 tahun dan berasal dari Petra Jaya mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya ekoran tidak ta­han dengan kesakitan yang dialaminya.

Menurut sumber, mangsa mengaku telah dirogol oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Amirzul dipercayai berusia 19 tahun melalui seorang daripada rakannya.

“Lelaki (suspek) telah men­gambil mangsa di rumahnya sekitar jam 4.30 petang Rabu lepas dengan menaiki sebuah motosikal.

“Mangsa kemudian dibawa oleh lelaki terbabit ke dalam hutan berdekatan dan me­maksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebelum dihantar pulang se­lepas itu,” katanya.

Keluarga mangsa pada mulanya tidak mengetahui in­siden tersebut kerana mangsa takut untuk menceritakannya sehingga diberitahu oleh guru kaunseling iaitu sehari selepas kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai perkara tersebut.
Ketua Polis daerah Kuch­ing ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi menge­sahkan ada menerima lapo­ran berhubung kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan sementara sia­satan polis masih diteruskan,” katanya.

Sumber: http://www.theborneopost.com/2014/04/19/sakit-alat-sulit-gadis-mengaku-dirogol-lelaki/

p/s: Dasar lelaki gila seks.

Driver killed, four injured in road crash

The body of the deceased driver covered following the accident.


The condition of the vehicle after the self-accident.

KENINGAU: A self-employed local man was killed when the vehicle he was driving overturned while negotiating a bend along Bunsit-Bingkor road near Kampung Tuntumulud here on Sunday afternoon.
Four passengers of the vehicle sustained minor injuries.

District police chief DSP Robert Salisip @ David said yesterday that the Endy Paulus, 34, from Kampung Bandukan Baru Bingkor, died at the scene of the accident at around 4 pm.

Robert said the police received information of the fatal accident at Kampung Tuntumulud Bingkor here from the public.

Initial police investigation revealed that the self-accident involved a Ford pick-up driven by the deceased who was proceeding from Bunsit to Bingkor town. While negotiating a bend along along Bunsit-Bingkor road near Kampung Tuntumulud, he reportedly lost control of the vehicle and overturned to the right bank of the road,” Robert said, adding that the deceased was thrown out of the vehicle and died at the scene due to severe head injuries.

He said the four passengers travelling with the deceased, aged between 24 and 33 years old who are siblings and relatives, were slightly injured.

“Reportedly, the group had gone for a bath at the Bunsit River and were on their way home when the accident happened,” Robert said.

He added that weather and road conditions at the time of the accident were fine and that the body of the deceased had been sent to the Keningau hospital for a post-mortem.

Source: http://www.theborneopost.com/2014/04/22/driver-killed-four-injured-in-road-crash/#ixzz2zb9vJohx

p/s: Condolences to the deceased family.

IPP Kimanis buat ujian pembuangan beban esok

KOTA KINABALU - Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis akan membuat ujian pembuangan beban esok sebagai persediaan menyalurkan bekalan elektrik ke Sistem Rangkaian Grid Sabah.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Muhamad Nazri Pazil berkata ujian itu akan dijalankan selama 30 minit bermula 5 petang dan melibatkan beban tenaga sebanyak 72 MegaWatt (MW).

"Pengujian ini melibatkan pembuangan beban oleh IPP dan seterusnya menurunkan secara mendadak frekuensi Sistem Grid ke tahap terkawal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi memastikan ujian itu tidak memberi impak kepada pengguna, SESB  telah mengambil beberapa inisiatif awal termasuk membuat simulasi komputer kehilangan MW kepada sistem grid.

Jika ada kawasan terputus bekalan, pengguna boleh menghubungi talian SESB di 15454 atau 088-515000 untuk membuat aduan, katanya. - Bernama

p/s: Bagi lah notis untuk kawasan yang dijangka akan terlibat dengan ujian ini. Nanti tidak pasal-pasal kena sound pengguna.

Pipi murid tahun empat tertusuk besi



KOTA KINABALU 21 April - Seorang murid tahun empat berhadapan detik cemas apabila sebatang besi sepanjang satu meter tertusuk ke dalam mulut lalu menembusi pipinya, ketika sedang bermain di luar pekarangan sebuah sekolah rendah di sini hari ini.

Berikutan kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mang-sa, Huguan Isaac, 10, mengalami kecederaan di bahagian pipi di sebelah kanan mukanya.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggu bas di kawasan letak kenderaan selepas tamat waktu sekolah, bermain-main di luar pekarangan sekolah sebelum terpijak besi penutup longkang yang rosak lalu terjatuh.

Malangnya, semasa rebah, sebatang daripada besi itu terjungkit dan memasuki mulut seterusnya menembusi pipinya sedalam 12 sentimeter.

Ibu bapa murid-murid yang gempar dan terkejut dengan kejadian itu bertindak menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Lebih memilukan apabila mang-sa dikatakan langsung tidak menitiskan air mata sebaliknya hanya duduk di tepi longkang sehingga ketibaan anggota bomba.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Nordin Fauzi ketika dihubungi hari ini memberitahu, mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk mendapatkan rawatan.
Tinjauan Utusan Malaysia di hospital berkenaan mendapati mangsa dipercayai telah selesai menjalani pembedahan kecil membuang besi berkenaan, kira-kira pukul 4.30 petang.

Sumber memberitahu, pembedahan kecil mengeluarkan besi tersebut mengambil masa selama 35 minit dengan tujuh kesan jahitan.

Sementara itu, ibu mangsa yang enggan dikenali melahirkan rasa syukur kerana anak bongsu kesayangannya selamat dan dilaporkan stabil.

Dia terkejut dan bergegas ke hospital sebaik sahaja dimaklumkan pihak sekolah.
Wanita itu turut kesal atas tindakan segelintir pihak yang menyebarkan gambar anaknya di laman sosial dan Whatsapps.

"Saya sebagai ibu sedih melihat gambar anak saya disebarkan di laman sosial. Saya harap orang ramai menghormati keluarga saya dan berhenti menyebarkan gambar tersebut," katanya yang memuji tindakan pantas pasukan bomba dan penyelamat serta pihak sekolah.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140422/dn_14/Pipi-murid-tahun-empat-tertusuk-besi#ixzz2zZfb5CHC

p/s: Ni salah siapa ni?

Monday, April 21, 2014

Suspek bawa cecair lebih satu liter

Penampang: Lelaki yang menyimbah asid terhadap gadis berusia 19 tahun hingga mangsa maut di sini, awal pagi kelmarin, dipercayai membawa bahan kimia itu dalam kuantiti banyak yang disimpan dalam bekas makanan.

Menurut pekerja restoran yang mahu dikenali sebagai Siddiq, 35, berkata, sebaik menyimbah asid terhadap mangsa yang ketika itu bersama dua rakan, lelaki berkenaan melarikan diri ke arah jalan besar.
“Jumlah cecair itu dianggarkan lebih satu liter berdasarkan bekas plastik ditinggalkannya selain tahap kecederaan mangsa dan rakannya.

“Kejadian berlaku sangat pantas dan saya menyedari kejadian ini apabila mangsa menjerit selepas disimbah sejenis cecair,” katanya ketika ditemui, semalam.

Siddiq berkata, pada mulanya mangsa menyangka disimbah air dan hanya mengelap muka dan mengesat bajunya yang basah.

“Tiba-tiba mangsa menjerit menyatakan matanya pedih sebelum mengerang kesakitan manakala rakannya turut mengalami kepanasan akibat terkena asid.

“Mangsa rebah dan menggelupur sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.
Katanya, mangsa dan rakannya tidak pernah dilihat mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini.
“Simbahan asid itu menyebabkan restoran kami ditutup hari ini (semalam) bagi dibersihkan kerana ada bau tengik yang menusuk hidung menyebabkan menyebabkan pelanggan enggan memasuki restoran,” katanya.
Dalam kejadian jam 5 pagi kelmarin, pekerja kafe siber, Memey Kandusan, 19, disahkan maut selepas bertarung nyawa lebih enam jam di hospital akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) dilaporkan meninggal jam 11.20 pagi akibat parah di dada, bahu, mata dan muka.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan, lelaki dan perempuan mahu memesan makanan di restoran terbabit apabila seorang lelaki bertopi datang menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, pihaknya masih melakukan siasatan dan menjejaki suspek.

“Polis menahan seorang wanita berusia 25 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


p/s: Apa nak jadi zaman sekarang ni main simbah-simbah asid. 

Thursday, April 17, 2014


IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama

p/s: RIP Karpal Singh and condolence to the family.

Wednesday, April 16, 2014

Four more dead turtles found in the waters off Semporna


KOTA KINABALU, April 16:  

Four more dead turtles were found in the waters off Semporna town, between the Bum-Bum and Kulapuan islands, yesterday.

Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Masidi Manjun in confirming this at the Sabah State Legislative Assembly Sitting here today said he has ordered the Sabah Wildlife Department to carry out a full investigation on the matter.

The discovery was made by a State Fisheries Department staff who was on his way home when he saw the carcasses afloat.

He then took pictures showing the sea turtles tied with what appeared to be nylon rope or fish net, and posted it on his Facebook account.

Last month, a Universiti Malaysia Sabah (UMS) lecturer found 60 decomposing turtle carcasses at Pulau Tiga, off Kudat.

UMS School of Business and Economics lecturer Dr James Alin said there is a huge market for parts of these endangered species, with fresh turtle meat fetching up to RM300 per kg, while dried ones are sold at RM100 per kg.


He said foreign fishing vessels preferred buying live sea turtles, with an adult turtle fetching RM2,000 each and juveniles RM1,300 each.


p/s: So sad there are humans which have no heart at all.

Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed


KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

"Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. - Bernama

p/s: Hati-hati ketika membuka link yang anda tidak kenali.

Tuesday, April 15, 2014

Dasar Menyeluruh Isu PATI Di Sabah Selepas Laporan RCI - Wan Junaidi

KOTA KINABALU, 15 April (Bernama) -- Dasar menyeluruh penyelesaian jangka panjang isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah akan dibentuk selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PATI (RCI) di negeri itu, dikeluarkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan RCI berkenaan penting bagi menjelaskan situasi isu PATI di negeri itu termasuk menentukan siapa rakyat Sabah serta kedudukan penduduk di Sabah yang cuma lahir di negeri itu namun kewarganegaraannya belum jelas.

Beliau berkata suruhanjaya itu akan melaporkan (hasil siasatan mereka) kepada Parlimen dan kerajaan.

"Kabinet akan menentukan apakah tindakan yang perlu diambil. Perkara ini boleh dibincangkan di Parlimen dan apakah kata-kata wakil rakyat yang mewakili rakyat keseluruhannya khususnya masyarakat Sabah," katanya selepas menghadiri majlis anugerah khidmat cemerlang Jabatan Imigresen di sini Selasa.

Beliau berkata selepas melalui pelbagai proses dan semua perkara diperhalusi kerajaan akan mengeluarkan dasar yang akan dilaksanakan agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Imigresen sendiri.

Wan Junaidi berkata pada masa ini agensi kerajaan berkaitan belum boleh mengambil tindakan melangkaui bidang kuasa dan dasar sedia ada.

Mengulas isu keselamatan di Sabah, beliau berkata kerajaan akan cuba sedaya upaya mempertimbang dan menyegerakan kelulusan permohonan agensi kerajaan di negeri itu untuk mendapatkan keperluan seperti aset dan anggota untuk melaksanakan tugasan mereka.

Katanya tindakan segera kerajaan seperti itu perlu untuk memastikan anggota agensi kerajaan berkaitan dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

"Walau setengah inci pun negara kita diceroboh, itu pencerobohan juga. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," katanya.

Justeru, katanya, Grup Taktikal Khas (GTK), satu daripada unit baharu yang ditubuhkan Jabatan Imigresen bagi berhadapan operasi ekstrem dan kini beroperasi di Negeri Sembilan, akan dikembangkan ke seluruh negara termasuk ke Sabah.

Katanya isu PATI di Sabah dan Labuan agak kompleks serta memerlukan pendekatan lain untuk menanganinya.


-- BERNAMA

p/s: Lama betul sudah ini isu PATI 

Bunuh Ibu Tiri, wanita ke tali gantung



SHAH ALAM - Seorang wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, penganggur, dan adik tiri perempuan berumur 18 tahun gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 28 April ini untuk memutuskan hukuman terhadap adik tiri Zahidah sementara menunggu laporan akhlak berikutan semasa kejadian dia masih di bawah umur iaitu 16 tahun.

Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar berkata, selepas mendengar keterangan kedua-dua beradik itu beliau mendapati pembelaan mereka bersifat penafian semata-mata.

"Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, saya lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan dan saya dapati mereka (saksi pendakwaan) beri keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh.

"Justeru saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh melampaui keraguan munasabah dan mereka didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan," kata Hakim Akhtar.

Maznah dan adik tirinya didakwa bersama-sama membunuh Tanziah Zainuddin, 72, di alamat No: 2, Lorong Kiyai Sujak 20B, Taman Sri Wangi, Kapar, Klang, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie sementara dua beradik itu diwakili peguam Tan Teck Yaw dan Liow Boon Lee. 

Akhbar sebelum ini melaporkan kematian mangsa, seorang guru agama, pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dikebumikan.

Bagaimanapun, tiga hari selepas pengkebumiannya, seorang daripada anggota keluarga mendapati beberapa barang kemas milik warga emas itu hilang lalu membuat laporan polis.

Kubur mangsa kemudian digali semula dan hasil bedah siasat mendapati warga emas itu meninggal dunia akibat lemas. - Bernama

p/s: Tergamak sungguh kamu membunuh seorang yang bergelar ibu!