Saturday, May 19, 2012

Pesta Kaamatan Kukuhkan Lagi Perpaduan Antara Rakyat

TELUPID (Sabah), 19 Mei -- Sambutan Pesta Kaamatan oleh kaum Kadazan, Dusun dan Murut di negeri ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan lagi perpaduan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ini kerana perayaan tersebut bukan hanya disambut oleh tiga kaum itu, malah turut disertai kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya ini selari dengan konsep 1Malaysia dengan rakyat di negara ini sama-sama menyambut setiap perayaan yang dirai oleh mana-mana kaum.

"Ia menjadi keunikan di negara dengan setiap perayaan disambut bersama oleh semua rakyat dalam suasana hormani yang wujud daripada semangat perpaduan yang kukuh," katanya ketika melancarkan sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat daeran Beluran di sini malam tadi.

Pairin, yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Sabah, berkata menyedari sumbangan perayaan pesta Kaamatan kepada perpaduan antara rakyat, kerajaan mengiktiraf sambutan perayaan itu termasuk memberi cuti umum pada 30 dan 31 Mei di negeri ini.

Sambutan perayaan Kaamatan peringkat negeri dilancarkan pada 1 Mei lepas oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kuala Penyu dan acara kemuncak sambutan peringkat negeri pada 30 dan 31 Mei di Dewan Kebudayaan Hongkod Koisaan (KDCA) di Penampang.

Pesta Kaamatan atau dalam bahasa Kadazan 'Magavau' merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati 'Bambazon' iaitu semangat padi dan diadakan selepas selesai menuai padi.

-- BERNAMA

p/s: Keehuii.. Aramaitiee .. kehangatan pesta kaamatan semakin dekat. Start sudah rancak sambutan di setiap mukim-mukim daerah di Sabah.

Sekumpulan 16 Pelajar Sabah Terima Tawaran Biasiswa YPPM

KOTA KINABALU, 17 Mei -- Sekumpulan 16 pelajar Sabah yang berpotensi termasuk dari kawasan luar bandar Khamis menerima surat tawaran biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPM) yang baru ditubuhkan pada November tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turun padang bersama-sama YPPB ke Sabah dalam siri 'Jelajah Aspirasi 2012' menyerahkan surat tawaran itu kepada para pelajar berkenaan di sini.

Mereka merupakan kumpulan ketiga daripada 225 pelajar dari seluruh negara yang terpilih untuk diserapkan ke dalam program Peneraju Tunas Potensi YPPB seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu, Nor Mohamed berkata jumlah biasiswa yang ditawarkan itu tertakluk kepada jenis kursus yang diambil iaitu antara RM100,000 dan RM300,000 untuk sepanjang tempoh pengajian.

Katanya kerajaan mewujudkan Program Peneraju Tunas Potensi bagi memberi peluang kepada pelajar Bumiputera yang tinggal dalam persekitaran sukar dan mencabar untuk digilap potensi mereka supaya menjadi pelajar lebih cemerlang. (Bernama)

p/s: Congrats kepada yang menerima tawaran biasiswa tersebut. Semoga sukses dalam pelajaran.

Monday, May 14, 2012

'Corpse in water tank' shock





Tawau: More than 2,000 residents at the Taman Sri Titingan flats had been wondering why the piped water they were consuming the past week smelled bad and was whitish.
Many could not contain their anger when water maintenance personnel during a routine inspection at 9am, Saturday, found the decomposed body of a naked man floating inside one of the nine tanks atop the 60-foot tower.
Police requested assistance from the Fire and Rescue Department to retrieve the body.
It took four hours as firemen had to cut the water tank in order to take it out, said its chief, Rudy Fredzek.
District Police Chief ACP Ibrahim Chin said initial investigations showed the deceased was in his 20s and that no injury marks were found on the body.
Police believe there was no foul play involved but investigations are on-going.
The flats residents committee chairman, Abdul Han Ab Majid, presented a memo to the flats management demanding, among others, compensation for consuming contaminated water.
They also demanded to be exempt from paying the water bills from April until the water tanks have been replaced and for security personnel to be stationed near the water tank tower.
They also demanded that temporary water supply be sent to the flats with the cost to be borne by the flats management until normal water supply resumed.
One of the residents, Hasbi Salamat, 32, said they were disappointed because they never thought that the water from the tap looked bleach-like because there was a corpse inside the tank.
"I reported this to the management more than a week ago as soon as I noticed something amiss with the water but they only said 'we will check tomorrow'," he said.
Like many others, he had to buy three boxes of bottled mineral water for consumption because he could not stand the stench from the water in the house.
Hasna Bacho, 34, who had been residing there for three years said she, too, felt something weird about the water since April 30 and filed a complaint with the flats management but met with a disappointing response.
Amiruddin Rasake, 43, claimed the flats management not only did not care about the residents' complaints but also never took follow-up actions including about water and electricity supply.
Meanwhile, Apas Assemblyman Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, who went to the scene, said the discovery of the body was shocking since there had been no reports of a missing person in the area.
He urged the Water Department, Health Department and Chemistry Department to conduct a study on the water there to ensure it is not contaminated.
"We don't want the people here to be at risk," he said, adding that he would also be looking at the demands made by the residents.
Tawau Municipal Council president, Datuk Ismail Mayakob who accompanied Tawfiq said he would be contacting the various government departments to handle the issue.
Investigations would also be conducted on the residents' claim that the flats management did not entertain complaints about the water condition, he said.
source: Daily Express
p/s: Bueek.. I feel pity for those residents at Taman Sri Titingan. Thinking about those who had already use the contaminated water from the tank, drink it and take a bath using the water. It just feel not comfortable and disgusting of course. How on earth a body of a man was in there and police initial report showed there is no foul play involved. So this means there are things in my mind right now that could happen and it was the man succulency attempted suicide or he just want to take a bath in the tank but cannot pull himself out from there. LoL. No hard feelings I just cannot believe what had happen then. Make yourself busy by guessing how tragic this incident was.

Malaysia Juara Piala Remaja Asia


MELAKA: Malaysia melakar sejarah apabila muncul juara Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2012 buat julung kali selepas mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit di sini, malam Ahad.
Malaysia mengakhiri penantian 20 tahun untuk merangkul kejuaraan itu dengan jaringan minit kedua Faizal Saari dan jaringan padang oleh Mohd Syamim MohdYusof pada minit ke-17.
Pakistan, juara tiga kali pada edisi pertama 1987, 1992 dan 1996, menjaringkan gol tunggal pada separuh masa kedua menerusi Muhammad Irfan pada minit ke-42.
Skuad bimbingan Dhamaraj Abdullah itu memadam kekecewaan pada aksi final edisi 1992 di Ipoh, Perak, apabila tewas 0-3 kepada Pakistan.
Perlawanan sengit dan penuh debaran itu disaksikan oleh lebih 7,000 penontontermasuk Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sertaYang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Malaysia bermula agresif sebaik wisel perlawanan bermula dan menerusi serangan pertama menghasilkan pukulan sudut penalti.
Selepas menerima hantaran, Faizal melakukan tolakan deras ke penjuru kiri gol Pakistan yang dikawal oleh Mazhar Abas untuk gol peribadi keenam sepanjang kejohanan itu.
Hasil itu membolehkan Faizal berkongsi kedudukan sebagai penajring terbanyakbersama pemain Korea Selatan, Seong Ju Lee.
Malaysia memperkukuhkan kedudukan menerusi jaringan Mohd Syamim dan keadaan tidak berubah sehingga waktu rehat masa pertama.
Bagaimanapun, Pakistan tidak berputus asa dengan ketinggalan dua gol dan bangkit semula pada babak kedua dengan melakukan asakan bertali arus ke pintu gol Malaysia yang dikawal oleh Mohamad Hazrul Faiz Ahmad.
Malaysia memperkemaskan semula bentang pertahanan selepas jaringan gol oleh Muhammad Irfan dan mempertahankan kedudukan sehingga wisel penamat.
Dhamaraj berkata, anak buahnya beraksi dengan cemerlang pada separuh masa pertama tetapi leka pada babak kedua.
"Dua jaringan awal membantu keyakinan skuad untuk menang dalam perlawanan ini tetapi kami terpaksa bertungkus lumus menahan asakan pada separuh masa kedua dan nasib menyebelah kami akhirnya untuk muncul juara," katanya.
Terdahulu, pada perlawanan penentuan tempat ktiga, juara bertahan India mengalahkan Korea Selatan 2-1 dalam masa tambahan. - BERNAMA
p/s: Tahniah buat skuad hoki remaja Malaysia!!

Saturday, May 12, 2012

500 pelajar, 45 guru berdepan masalah ketiadaan bekalan elektrik

KENINGAU: Seramai lebih kurang 500 murid dan 45 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sook kira-kira 30 kilometer dari sini terpaksa bertarung dengan hawa yang panas akibat ketiadaan bekalan elektrik di bangunan baru sekolah itu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dn Guru (PIBG) sekolah itu Rusinin Rasiman berkata, bangunan baru sekolah itu telah digunakan awal tahun ini dengan harapan ia memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Tetapi katanya, setelah empat bulan berlalu bekalan elektrik belum dapat disambung di sekolah itu menyebabkan murid-murid dan guru-guru menghadapi keadaan yang kurang selesa kerana terpaksa bertarung dengan hawa yang panas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas.

“Ini kerana semua kelengkapan seperti kipas dan penghawa dingin tidak berfungsi akibat ketiadaan tenaga elektrik walaupun pendawaian dalam banguan sudah lengkap,” katanya semasa membuat kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Katanya, murid-murid dan guru-guru terpaksa keluar dan mengambil masa sekurang-kurang 15 minit untuk mendapat udara yang nyaman untuk satu subjek.

Rusinin memberitahu, kadang kala ada murid yang pengsan ketika perhimpunan di dalam dewan akibat kipas tidak berfungsi.

Keadaan ini katanya, membantutkan sasaran sekolah untuk melahirkan sekurang-kurangnya lima orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Menurut Rusinin, pihak sekolah dan PIBG telah mengemukakan masalah itu kepada pihak yang berkenaan terutama Sabah Electricity (SESB) tetapi sehingga kini ia belum dapat diatasi.

“Alasan yang diberikan begitu ringkas iaitu ‘transfomer’ rosak tetapi sampai bila alasan itu berakhir. Kami mahu bila ia boleh diperbaiki” tegas Rusinin.

Tambah Rusinin, selain bangunan sekolah, kantin sekolah itu juga turut tidak mendapat tenaga elektrik pada masa ini.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa memilih media cetak sebagai jalan terakhir untuk mengemukakan masalah itu setelah beberapa kali mengajukannya kepada pihak-pihak yang berkenaan.

sumber: New Sabah Times

p/s: Sia  ulang lagi lah. Dari dulu sampai sekarang begitu-gitu juga masalah letrik di Sabah ni. Bukan lagi sejak kebelakangan ni tapi dari duluuuuu.... lagi masalah ni ndak pandai di atasi bukan makin berkurangan tapi makin bertambah ada lah.

Air kencing Saiful Apek mengandungi kanabis

PETALING JAYA 11 Mei - Mahkamah Majistret di sini hari ini sekali lagi diberitahu bahawa sampel air kencing pelakon komedi, Saiful Apek disahkan mengandungi kanabis.

Pegawai Sains Jabatan Patologi Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Rozita Abdullah, 41, berkata, ia berdasarkan bacaan ujian yang melebihi takat pengesanan untuk dadah jenis kanabis.

Selain Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof, 43, tiga lagi rakannya iaitu Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29, turut dibicarakan atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Sumber: Utusan 
p/s: OMG, tia tau lah apa nak dikata. Dah terbukti dengan ujian air kencing. Kepada Saiful Apek good luck.


70 tahun lama dara


Wanita Inggeris Pam Shaw telah berjaya kekal dara, sehingga ke hari lahirnya yang ke - 70.

Tetapi yang mungkin berubah.

"Sekarang adalah masa yang sesuai. Saya sudah bersedia untuk melepaskan ia untuk pemuda yang berhak," Shaw memberitahu Matahari.

"Standard Saya masih amat tinggi, saya berharap untuk meraih seorang jutawan yang tinggi, gelap dan kacak."

Shaw tidak percaya dalam seks sebelum berkahwin dan telah terlalu sibuk dengan kerjayanya sebagai tarian kabaret untuk berumahtangga.

"Saya rasa saya bersedia untuk memberi perkahwinan pergi dan mungkin pergi ke katil dengan seorang lelaki," katanya. "Anda tidak pernah terlalu tua untuk apa-apa. Cuma melihat di Joan Collins."

Sumber: The Sideshow

p/s: Sudah bergelar nenek baru berpikir mo kahwin. Tidak tau la adakah lelaki yang sejati masih berminat. Oops bukan mo menyindir ah, tapi sia respek sama wanita ini umur 70 tahun still masih dapat kekalkan kedaraan beliau bukan macam segilintir perempuan atau boleh saya katakan kebanyakannya daripada mereka melepaskan dara mereka semudah itu. Banyak kes perempuan melepaskan dara mereka disebabkan tidak dapat mengawal hawa nafsu kepada teman lelaki mereka yang akhirnya meninggalkan mereka begitu saja selepas ditebuk kedaraan mereka. Adalah pula yang terlanjur sehingga hamil dan melahirkan anak tapi malangnya sanggup bertindak diluar perikemanusian dengan membuang bayi yang baru lahir.








Cubaan pelancong merogol wanita di jalanan


Seorang lelaki telah ditangkap kerana cuba untuk merogol pejalan kaki di jalan di Beijing, China.

Polis China mengesahkan pada hari Khamis bahawa, seorang pelancong British, sekarang berada dalam bawah jagaan mereka tetapi tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut.

Kejadian malam Selasa berlaku berhampiran keluar kereta bawah tanah di Xuanwumen, di mana lelaki yang menyambar seorang wanita di jalanan dan cuba untuk merogol beliau.

Pejalan kaki oleh telah memberi respons kepada jeritan wanita untuk bantuan yang berjaya menghentikan suspek daripada merogo lbeliau.













Insiden rakaman video oleh netizen.

Dari video, ia boleh dilihat bahawa orang yang ingin membantu berjalan sehingga kepada mangsa yang telah dilucutkan ke seluar dalam dia dengan suspek di atas dia.

Mangsa, yang menangis, terus berkata "Tidak" dan "Save Me" dan bahawa dia tidak tahu suspek, yang telah menarik turun seluarnya.

Apabila suspek melihat lebih ramai orang di kelilingnya, beliau bertindak untuk beredar tetapi telah diserang oleh orang ramai sehingga dia jatuh.

Orang ramai yang marah meminta agar suspek dikeluarkan dari China.

"Keluar dari China, kami tidak mengalu-alukan kedatangan anda!" menurut Qingqing Mu.

Ada juga yang mendakwa bahawa suspek telah menggangu sekurang-kurangnya lima penumpang wanita dalam kereta api kereta bawah tanah awal pada hari yang sama.

Sumber: Agensi

p/s: Ini barulah tidak kira tempat dan masa cubaan merogol orang di kawasan terbuka macam pigi rogol ayam di tepi jalan saja. Ini pelancong ini lansung tiada respek sama orang tempatan. Dia pikir negara seperti di China ni tempat pusat pelacuran kah? Kenapa jauh-jauh datang pigi China mo pigi merogol sajakah?. Ngam jugalah ko kena belasah oleh orang di sana nasib baik masih bernafas lagi.

Friday, May 11, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

p/s: Untuk info bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi di bawah 6 bulan sekadar renungan kita bersama.

Thursday, May 10, 2012

Ibu Mendera Anak


Apa nak jadi dah dengan ibu ini. Sanggup memukul, menendang, tampar anak sendiri. Apa punya ibu ini, memang ramai orang dah kutuk pasal ibu ni lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibu dan punya anak sendiri. 

Kalau mengikut berita ibu ini bertindak mendera anaknya sendiri disebabkan suaminya curang jadi dilepaskan semua geram ke atas bayinya sendiri. Apa punya alasan macam ni tak logik lansung.

 Nasib baiklah orang ramai telah membuat aduan dan sebanyak 500 aduan telah dilaporkan kepada polis mengenai kes dera ini. Hasilnya ibu ini telah ditangkap, disoal siasat dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan.

Harap ibu ini insaf dan sedar tentang perbuatannya ini. Mungkin dia secara tidak terkawal atau sengaja menghukum bayinya sendiri. Mungkin dia terlalu emosi ketika itu dan tidak tahu macamana mahu melepaskan kemarahannya itu.

Semoga selepas sahaja hukuman penjara selesai ibu ini akan kembali ke sisi bayinya dan menjaga dia dengan penuh kasih sayang. 

Wednesday, May 9, 2012

KERAJAAN SETUJU TUBUH RCI PATI SABAH


JEMAAH Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah pada 8 Februari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata berikutan itu, kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan terma rujukan suruhanjaya siasatan tersebut.
 
Bagi memastikan semua masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif, maka terma-terma rujukan suruhanjaya itu perlulah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada aspek siasatan, kata Mohamed Nazri pada sesi soal jawab di Dewan Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) yang ingin tahu status terkini RCI yang menurutnya amat dinantikan di Sabah tetapi belum diumumkan sehingga kini.

Mohamed Nazri berkata RCI itu akan turut meliputi aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Katanya, ini bagi membolehkan suruhanjaya mengemukakan cadangan penyelesaian yang berkekalan.

Dalam hubungan ini, beliau berkata kerajaan Persekutuan akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada kerajaan negeri Sabah dan pihak-pihak yang berkenaan.
 
sumber: SabahKini.net
 
p/s: Ini bah yang ditunggu-tunggu oleh orang Sabah ni kenapa la lambat betul mo diurus. Sudahlah masa PATI dari dulu sampai sekarang gitu-gitu juga sia dengar. Ada yang kena tangkap tapi ndak lama kemudian datang balik. Macam usaha pihak kerajaan hangat-hangat taik ayam orang bilang.

Durian runtuh Felda

JERANTUT: Seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara bakal menerima durian runtuh RM15,000 untuk satu keluarga melalui tiga fasa, membabitkan peruntukan sebanyak RM1.69 bilion sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, untuk bayaran fasa pertama, RM5,000 diberikan kepada setiap ketua keluarga peneroka dan akan dibuat serta-merta manakala fasa kedua dengan jumlah sama akan diserahkan kepada isteri peneroka sebaik fasa pertama selesai.

“Sejumlah RM5,000 lagi akan diagihkan kepada anak peneroka selepas selesai proses penyenaraian bulan depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejahtera Peneroka yang dihadiri lebih 50,000 peneroka di Jengka 8, di sini, semalam.

Selain keluarga peneroka, kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan kumpulan Felda turut menerima berita gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus tambahan dua setengah bulan gaji kepada mereka.

“Saya juga suka untuk mengumumkan durian gugur iaitu tabung amanah khas yang membolehkan peneroka menerima dividen menerusi keuntungan FGVH selepas penyenaraian.

“Tawaran borang biru untuk pemilikan saham dan tambahan bantuan dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung lama dan tradisional sekitar Felda,” katanya Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Najib berkata, semua bayaran akan dibuat secara tunai dengan fasa pertama akan selesaikan dalam masa dua hingga tiga minggu dari sekarang.

“Felda akan agihkan sumbangan fasa pertama menerusi jenteranya dan wakil rakyat yang akan selesai kira-kira tiga minggu akan datang. “Fasa kedua, saya akan umumkan sebaik saja selesai bayaran fasa pertama dan diikuti fasa ketiga kemungkinan selepas penyenaraian FGVH. “Pendekatan bayaran dibuat seperti bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bonus untuk kakitangan Kumpulan Felda juga akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Mengenai tabung amanah khas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, peneroka akan menikmati faedah melalui pembayaran dividen berdasarkan keuntungan FGVH kerana tabung itu memegang 20 peratus ekuiti dalam FGVH.

“Jika FGVH untung RM1.5 bilion tahun depan maka peneroka bakal menerima dividen kira-kira RM1,300 setiap seorang...kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi,” katanya.

Najib turut menjelaskan durian runtuh itu amat bermakna kepada peneroka yang banyak berkorban membuka dan memajukan kawasan hutan untuk dijadikan sebagai tanah rancangan dan penempatan berkelompok.

Dalam ucapannya, beliau turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.

“Saya tak rela mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja layak menerima,” katanya.

sumber: Harian Metro

p/s: Wow.. RM15,000 banyak tu!! Apapun semoga wang yang diperolehi itu dapat digunakan untuk kegunaan masa depan jangan pula bikin beli benda yang bukan-bukan, menyasal owh..

Tuesday, May 8, 2012

Semak status permohonan ke IPTA lepasan SPM

Status permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM boleh disemak mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Status keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai hari ini.
Keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula boleh diketahui mulai 12 tengah hari esok, demikian menurut kenyataan akhbar ketiga-tiga universiti itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.
Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15 Mei ini.
Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.
Bagi calon yang gagal, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 18 Mei dan keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun 2012.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian Akademik, UM di talian 03-79673448/3440/3502, Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-89215336/5041/4126 atau Pusat PERMATA Pintar Negara ditalian 03-89216265/7507 dan Bahagian Akademik UPM di talian 03-89466059/6060/6056. - BERNAMA
 
p/s: Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran masuk ke IPTA. Usaha lagi untuk belajar bersungguh-sungguh semoga apa yang ingin dikecapi akan tercapai. Sekali lagi syabas dan tahniah.

Sunday, May 6, 2012

TIADA GURU, SEKOLAH TERPAKSA DITUTUP



TINJAU.....Bung Moktar ketika meninjau keadaan SK Balat kelmarin.

Oleh : YUSOP TEPPO

KINABATANGAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Inarat yang terletak di pedalaman negeri Sabah telah ditutup hampir dua minggu ekoran ketiadaan guru di sekolah berkenaan.
 
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin meminta Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Sabah supaya melihat pelantikan guru-guru yang berasal dari Kampung Inarat itu sendiri untuk berkhidmat.

“Kampung ini memang terpencil dan sekiranya menggunakan kenderaan melalui jalan darat, mengambil masa tujuh hingga lapan jam perjalanan untuk sampai ke sana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah terbabit.

Beliau menambah kalau hujan sudah tentu kawasan itu sukar dilalui dan guru-guru tidak dapat sampai dan ekoran daripada ini SK Inarat telah ditutup hampir dua minggu.

“Guru-guru yang berkhidmat di kawasan itu sukar untuk sampai ke sana ekoran keadaan jalan yang teruk,” katanya.

Beliau yang turut melahirkan rasa kesal ekoran terdapat dua orang guru tempatan yang berkhidmat di situ telah diberhentikan perkhidmatannya kerana mereka ini adaalah guru sandaran.
 
“Ini telah mengakibatkan murid-murid di sekolah itu tidak dapat bersekolah dan sekolah terpaksa ditutup,” katanya.

Bung Moktar menjelaskan ini telah menafikan dasar Kementerian Pelajaran itu sendiri yang mana pihak kementerian telah memilih guru-guru dari luar yang kadang-kadang sukar untuk berkhidmat di situ.

“Kementerian perlu selesaikan masalah ini dengan segera kerana kita tidak mahu anak-anak di Kampung Inarat itu tidak dapat bersekolah dan tertinggal dari pelajaran mereka yang sepatutnya,” katanya.

Sementara dari itu dalam lawatan ke sebuah sekolah lagi, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, demikian juga SK Balat yang mana sekolah itu masih melaksanakan pembelajaran mereka di bawah bangunan sekolah berkenaan.

“Ini dilihat adalah tidak amat sesuai dan pihak berwajib perlu melihat permasalahan yang dihadapi oleh sekolah ini untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata satu lagi masalah di SK Balat ini di mana sistem solar yang terdapat di sini tidak berfungsi sejak dipasang lima tahun lalu.

“Saya amat kesal dan ini amat menyukarkan pihak sekolah serta murid-murid yang mengharapkan sistem solar itu dapat dimanfaatkan tetapi tidak pernah beroperasi sejak dipasang,” katanya.

Beliau menegaskan sekiranya pihak kementerian tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan, lebih baik ia mencadangkan agar sistem solar yang ada itu ditutup kerana tidak berfungsi.

“Tiada satu manfaat yang diperolehi oleh pihak sekolah dan murid-murid di sini kerana tiada sebarang sumbangan selepas pembinaan projek solar berkenaan,” katanya.
 
sumber: Utusan Borneo
 
p/s: Okies kali ni kes bukan berkaitan dengan kekurangan guru tetapi masalah jalan ke sekolah tersebut. Banyak kes sekolah macam begini ni. Ada beberapa persoalan di sini. Adakah kuarters atau rumah guru dibina di kawasan sekolah tersebut? Kalau ada kenapa tidak tinggal saja di sana tapi kalau tiada mimang payahla guru-guru mo ulang-alik pigi sekolah tersebut. Lagi persoalan, kenapa guru-guru sandaran di tempatan di kampung tersebut diberhentikan khidmat mereka. Diorangkan orang kampung di situ, tinggal di situ. Bukankah ia memudahkan kerja sebagai seorang guru dan memudahkan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Sabah untuk berhubung dengan mereka dan mengawal selia keadaan di sekolah sekiranya guru-guru lain tidak dapat turun ke sekolah disebabkan masalah jalan darat yang kalau di pedalaman Sabah ni mimang teruk sekali. Tolong lah Kementerian yang terbabit ambil perhatian tentang masalah seperti ini terutamanya masalah jalan pengangkutan yang penting bukan saja untuk guru-guru malah kepada penduduk kampung terbabit.

Tergamak kurung, seksa suami

by Mastura Ismail. Posted on May 6, 2012, Sunday
Undi diselamatkan selepas lebih setahun sakit, menderita di tangan isteri sendiri
LEMAH: Undi (terlantar) ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk dan ahli keluarganya.

LIMBANG: Seorang isteri bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila dipercayai  tergamak mengurung, mendera dan menyeksa suaminya yang terlantar sakit sejak lebih setahun lalu di sebuah rumah di Kampung Tanggung Unggar, di sini.

Perbuatan itu terbongkar Khamis lepas selepas orang kampung dan ahli keluarga terdekat mangsa tidak tahan lagi menyaksikan penderitaan yang dihadapi mangsa.

Orang kampung dan ahli  keluarga mangsa bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang pada malam Rabu lepas.

Operasi menyelamat mangsa dijalankan oleh lima kakitangan JKM serta beberapa anggota polis di rumah terbabit pa-da keesokan harinya (Jumaat).

Sekitar jam 4.30 petang, mangsa yang hanya dikenali sebagai Undi, 64, berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.

Tindakan pantas JKM dan polis itu turut mendedahkan perbuatan zalim si isteri yang memperlakukan suaminya sendiri seperti binatang.

Menurut sumber, perbuatan mengurung suaminya dilakukan si isteri yang berusia dalam lingkungan 40-an bersama seorang anak lelakinya yang ber-umur 15 tahun.

Katanya, mangsa bukan sahaja diherdik dan diberi maka-nan basi dan bersemut, malah menjadi mangsa sepak terajang dan maki hamun.

“Lebih memeritkan mangsa juga mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan selain kesan dipercayai dijerut dengan wayar di bahagian leher,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang Pemangku Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika menghubungi Utusan Borneo kelmarin me-ngesahkan kejadian itu.

Menurut Bukhori lagi, beliau menerima maklumat dan khidmat pesanan ringkas (SMS)  daripada orang awam mengenai kejadian itu.

“Kita ada menerima bebe-rapa maklumat dan SMS daripada orang awam meminta kita melepaskan mangsa yang dikurung di kawasan kampung tersebut.

“Pada mulanya kita me-nyangka mangsa adalah anak kecil, tetapi sebaliknya me-nyaksikan seorang lelaki menjadi mangsa dera isteri sendiri sehingga tergamak mengurungnya dalam sebuah rumah,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mohd Bukhori berkata lagi, kes tersebut sudah diserahkan kepada JKM Bahagian Limbang untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah JKM Bahagian Limbang, Aziah Saruji ketika ditemui Utusan Borneo semalam turut mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya bersama beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian Khamis lepas yang mengambil masa hampir sejam perjalanan termasuk menggunakan perahu untuk ke seberang sungai. Aziah menambah, pihak polis terpaksa memecahkan pintu rumah mangsa kerana ia di-kunci dari luar.

“Ketika tiba di tempat kejadian, isteri dan anak mangsa tiada di rumah dan mangsa di-tinggalkan seorang diri dalam keadaan yang menyayat hati,” katanya lagi.

Menurutnya, hasil maklumat daripada ahli keluarga, mangsa dikurung sejak lebih setahun lalu dan tidak diberi makanan yang sempurna.

Selain itu, katanya, terdapat juga kesan lebam dan kecederaan lama di beberapa badan mangsa dipercayai didera oleh isteri dan anaknya.

“Kita berterima kasih ke-pada penduduk kampung yang bertindak pantas menghubu-ngi pihak kita dan polis untuk menyelamatkan mangsa daripada terus diseksa isterinya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Aziah berkata penduduk kampung mula mengesyaki mangsa dikurung di rumah tersebut selepas men-dengar jeritan dan herdikan si isteri ke atas mangsa.

“Bunyi herdikan itu didengari ketika penduduk sedang berkebun berhampiran rumah tersebut. Mereka dan ahli ke-luarga mangsa yang berasa curiga segera menghubungi pihak kita dan pihak polis agar lelaki malang itu dibebaskan dari-pada cengkaman isterinya.

“Laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian tersebut dan mangsa yang kini masih dirawat di hospital akan diserahkan kepada ahli keluarganya untuk penjagaan,” katanya.

Aziah menjelaskan, mangsa merupakan penerima ban-tuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan, selain mene-rima bantuan menerusi Program Perumahan Rakyat  Termiskin (PPRT).

Source: http://www.theborneopost.com/2012/05/06/tergamak-kurung-seksa-suami/

p/s: Aduss.. tergamak sungguh isteri dia ni. Si isteri mungkin sudah hilang minat atau hilangnya kasih sayang terhadap si suami mungkin begitulah sehingga terjadinya kes seska suami ini. Mungkin juga tidak larat sudah mo dijaga, mungkin malu kali dia ni. Mungkin faktor usia juga menyebabkan kes ni berlaku, si isteri dalam lingkungan 40-an muda lagi bah..kunun la boleh lagi mansau-mansau orang bilang. Harap ada lah jalan, teguran mahupun hukuman yang setimpal diberikan kepada si isteri ini.

Friday, May 4, 2012

UBA to revive Sabah’s nation status if voted

TAMPARULI: United Borneo Alliance (UBA), if voted into power, will mobilise all the legal instruments and means to ensure that Sabah’s status as a nation is revived within the Federation of Malaysia.

Its chairman Datuk Dr Jeffrey Kitingan who is also the STAR Sabah chairman said this at the launching of the STAR P. 170 Tuaran Division here on Tuesday.

Jeffrey announced that it is high time that the idea of making Sabah a nation again is discussed, as a daring step towards regaining Sabah’s position which it had when it gained its independence from Britain on Aug 31, 1963.

“We were an independent country, a full-fledged nation. And when we joined with Singapore, Malaya and Sarawak to form Malaysia we were still a nation. Unfortunately we eventually became one of the 13 unitary states in the federation.

“Don’t forget that even our governor, the Tuan Yang Tertutama, was called ‘Yang diPertua Negara,’ which is also stated in the 20 Points,” he added.

“This alone proves Sabah was a ‘negara’, a nation.” He said that the UBA was refining the definitions of this new idea which had already received resounding support from STAR Sabah’s state committee members.

“We have more or less agreed to a rough proposal to make Sabah a nation, with five states,” he said. “Our state boundaries will roughly follow the old boundaries for the state residencies which we had during the British rule.” He said that one of the proposed states will be the present district of Keningau which is so big that it can even swallow the whole of Melaka, Penang and Perlis combined.

“This will be a way to make a clear stance on our rights and autonomy, and the best way to define our position within the federation. With this arrangement, the state of Keningau will be given federal allocations on the same status as any one of the states in the Peninsula,” he explained.

“At the moment we are getting very small allocations because the whole of Sabah, which is very huge in area, is considered as one small state.” Jeffrey admitted that the idea is novel, and he may be seen as being too far ahead in his thinking, but believes the idea needs to be introduced now.

“After all, this is long overdue by almost half a century,” he asserted.

“I believe this will be as a powerful turning point in the political paradigm of Sabah. But we have to deal with it head on. If not now, when?” He assured that he has been discussing the matter with the STAR leaders in Sarawak who are also equally excited by the idea.

“Did you know that there is already a website called ‘Negara Sarawak’?” he asked. “We are now thinking about creating five states in Sabah and seven states in Sarawak. That totals 12 states for the Malaysian Borneo, compared to 11 Malayan states!”

p/s: I loike the idea, dividing the  Sabah into 5 states will give more focus into it's development and fund allocations can be wisely distribute.

Sabah Teachers Told To Focus On Job

KINABATANGAN, May 4 (Bernama) : Teachers in Sabah have been told to focus on their job and stay away from activities which are detrimental to their duties as an educator.

Sabah Education director Datuk Dr Muhiddin Yusin said as teachers, their job was to educate and to produce outstanding students.

"We are public officials entrusted by the government to educate our human capital. It's better that we concentrate on our duties as educators and avoid engaging in activities which are not beneficial to our job," he said at a teacher's discourse event, here today.

Muhiddin said he received numerous text messages, emails and anonymous letters alleging the involvement of teachers in activities not related to their duties as educators.

sumber: BERNAMA

p/s:  Yep, dingar tu guru-guru buat seperti yang di suruh. Focus on your job.

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.

sumber: http://mynewshub.my/2012/05/03/bob-kuman-meninggal-dunia/

p/s: Takziah kepada keluarga arwah.

Kanak-kanak dilarikan, Nayati Moodliar ditemui selamat

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, yang dipercayai hilang dan dilarikan dua lelaki tidak dikenali 27 April lalu, ditemui selamat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh pada jam 7.55 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. "Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki warga Belanda itu hilang dipercayai diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini, kira-kira jam 7 pagi, Jumaat lalu.

Nayati, yang memakai pakaian seragam sekolahnya dikatakan dilarikan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Gen-2 berwarna hitam.

sumber: Berita Harian

p/s: Syukurlah ditemui semula. Tapi bagaimana pula orang yang melarikan a.k.a menculik budak itu sebelum ini. Belum ada cerita lagi nanti la kita tunggu siasatan penuh dari polis.

Tuesday, May 1, 2012

Bekalan Letrik Terputus di Sabah



HAMPIR seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira pukul 3.23 pagi isnin. Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.

Menurut Pengurus Besar Kanan SESB, Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.

Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya talian hotline 15454 juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang terlibat.

Ahmad Fuad berkata bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada pukul 6.40 pagi. Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Berikutan kejadian luar jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna yang terlibat, katanya.

Sementara itu, Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa pengurusan uitiliti tenaga negeri dipulangkan kepada kerajaan negeri berikutan kejadian paling teruk dialami Sabah itu.

Ketua Penerangannya Chong Pit Fah berkata kejadian itu yang belaku lebih tujuh jam mulai 3.23 pagi itu yang menjejaskan teruk keseluruhan negeri, termasuk ibu negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan, menunjukkan tahap komitmen dan kecekapan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam mengurus bekalan tenaga negeri itu.

Di Sarawak, katanya kerajaan negeri mengurus sendiri utiliti tenaga dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian bekalan elektrik terganggu, namun sebaliknya di Sabah walaupun SESB memberi jaminan mengenai langkah yang diambil bagi memastikan bekalan mencukupi.

"SESB juga berkata sudah menaik taraf sistem agihan tenaga menerusi penyiapan grid tenaga yang sepatutnya dapat mengagihkan bekalan elektrik jika stesen jana kuasa ditutup pada bila-bila masa di Sabah.

"Namun kes yang berlaku hari ini jelas menunjukkan ia hanya cakap semata-mata, dan apabila kejadian sebenar belaku, semuanya terhenti," katanya dalam satu kenyataan. (Bernama).

p/s: Nah inilah yang menyebabkan beberapa tempat di Sabah tidak ada karan. Kerosakan? apa yang saya dengar kerosakan berpunca dari kebakaran pencawang eletrik. Tia tau la betul ka tidak nasiblah kejadian berlaku pada jam 3 pagi kalau time office hours habis SESB ni kena blame teruk-teruk. Bukan apa, tapi kes kerosakkan dan bekalan terputus sering berlaku sejak kebelakangan ini itu pasal ramai orang yang complaint  lebih-lebih lagi selepas kejadian terbaru ini. Harap SESB dapat membaik pulih keadaan dan menaik taraf utiliti sedia ada di Sabah.

Apa yang berlaku pada Bersih 3.0, 28 April 2012

Ini merupakan sedikit ulasan dari kejadian Bersih 3.0 yang berlansung pada 28 April yang lalu. Dalam banyak portal dan berita yang tersebar para peserta Bersih 3.0 dan Polis Diraja Malaysia saling menuding jari siapa yang bersalah dan memulakan provokasi sehingga berlakunya rusuhan yang menyebabkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Bersih 3.0 menuntut untuk 8 tuntutan  reformasi pilihanraya yang bersih dan adil.

Mengikut maklumat dari PDRM, peserta telah merusuh penghadang laluan menuju ke dataran merdeka pada ketika itu dan dengan rempuhan itu polis telah bertindak untuk menghalang para peserta. Bersih pula mengatakan polis telah melepaskan gas pemedih mata dan sejurus selepas itu berlakunya rusuhan. Beberapa laporan polis telah dibuat melibatkan peserta dan pihak PDRM selepas kejadian rusuhan. Kes polis mencederakan peserta lebih banyak dilaporkan. Kejadian  rusuhan memuncak ketika para peserta bertindak menterbalikkan kereta polis. Menurut peserta, kereta polis terbabit telah merempuh para peserta dan disebabkan itu para peserta bertindak untuk terbalikkan kereta itu. 




Secara kesimpulannya Bersih 3.0 yang berlansung di KL bermula dengan aman dan tampak berjalan lancar tetapi pada pengakhirannya menjadi satu kejadian rusuhan yang teruk dan memalukan. Implikasi terhadap kejadian tersebut telah membuatkan banyak pihak menuding jari sesama sendiri dan ianya dijangka akan berlarutan sehinggalah pilihanraya yang akan datang.

Pada tarikh yang sama, di negeri Sabah juga tidak terkecuali dalam menganjur Bersih 3.0. Bagaimana pula keadaan Bersih 3.0 di Sabah, ternyata ianya berlansung secara aman dan teratur.  Para peserta telah berjaya menjalankan program tersebut tanpa berlakunya kejadian yang tidak diingini. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur Bersih 3.0 yang dikendalikan di bawah naungan Andrew Ambrose atau di Sabah lebih dikenali sebagai Atama penyanyi Hip Hop orang tempatan.