Wednesday, November 16, 2011

Tali pinggang keselamatan ketiga: Tindakan diambil mulai Januari 2012

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keselamatan ketiga mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Leslie Leon berkata, pemilik kenderaan yang masih belum memasang tali pinggang keselamatan ketiga di tempat duduk belakang penumpang kenderaan perlu berbuat demikian sebelum awal tahun hadapan.

''Proton dan Perodua mengadakan kempen pemasangan tali pinggang keselamatan ketiga untuk kenderaan keluaran mereka secara percuma untuk tiga tahun sebelum ini bermula 2009 sehingga 2011, tetapi malangnya masyarakat masih memandang sepi perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.

Leslie Leon berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Proton dan Perodua yang melaporkan jumlah pengguna kedua-dua jenis kenderaan itu yang memasang tali pinggang keselamatan ketiga masih rendah.

Proton melaporkan hanya 17.68 peratus pengguna kenderaannya telah memasang tali pinggang keselamatan ketiga, manakala pengguna Perodua mencatat pemasangan sebanyak 43 peratus sahaja setakat ini. - Bernama

p.s: Nah siapa yang belum pasang tali pinggang keselamatan di bahagian penumpang belakang bagus pasang la nanti tidak pasal-pasal kena saman oleh polis. 

Wednesday, November 2, 2011

Minyak B5 diperluas


HAMZAH (dua dari kiri) mengisi minyak diesel B5 sebuah kereta sambil diperhatikan Beng Chuan (kiri), Nurmala (dua dari kanan) dan Yuen May (kanan sekali) pada Majlis Pelancaran Biodiesel Sawit B5 peringkat negeri Selangor di Puchong semalam.


PUCHONG – Pengguna kenderaan diesel kini boleh menggunakan minyak biodiesel (B5) berasaskan kelapa sawit di 1,150 buah stesen minyak di lima negeri sejak Jun lalu. 

Lima negeri tersebut adalah Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata, ia dijual pada harga RM1.80 seliter dan B5 setanding diesel fosil sedia ada selain menepati spesifikasi biodiesel antarabangsa.

“Kita lihat sambutan amat menggalakkan apabila 6,587 tan minyak biodiesel digunakan setiap bulan oleh kenderaan berasaskan diesel. 

“Ini menunjukkan gaya hidup masyarakat telah berubah dalam mementingkan alam sekitar,” katanya selepas melancarkan Program B5 peringkat negeri Selangor di sini semalam.


p.s: Akhirnya minyak sawit telah diformulasi untuk digunakan dalam enjin kereta sebagai pengganti diesel fosil. Lebih mesra alam itu yang paling penting. Bila la kunun minyak B5 mo sampai di Sabah. Harap proses formulasi minyak sawit ini dapat dibuat di Sabah biar ada loji dan kilang sendiri sebab logiknya Sabah merupakan salah satu pengeluar kelapa sawit yang terbesar di Malaysia. Nah kepada pengguna kereta enjin diesel adakah anda bersedia menggunakan minyak B5? Kita tunggu B5 sampai di Sabah.

Penipuan internet: Pemuda dari Labuan kerugian RM420 ribu

021111_2a
JANGAN TERPERANGKAP ... Saiman menunjukkan salinan email yang dilayari oleh pengadu sambil diperhatikan oleh Inspektor Junical Ujal (kiri) dan Sarjan Kamarudin Abdulah dari bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Labuan.

LABUAN: Seorang pemuda warga tempatan terpaksa menerima hakikat ‘rugi’ sebanyak RM420,000 apabila terpadaya dengan janji internet oleh seorang wanita menerusi email yang dila- yannya baru-baru ini.

Ketua Polis Wilayah Per- sekutuan Labuan, Superintenden Saiman Kasran berkata, lelaki keturunan Cina berusia 34 tahun itu ‘terjerat’ apabila seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Lyanna Abi- din memberitahunya mene- rusi internet bahawa beliau akan menerima satu bungkusan tidak lama lagi dari United Kindom yang mengandungi seutas jam emas, laptop, wang tunai dan telefon bimbit.

“Selepas berbalas-balas email pengadu (lelaki berkenaan) yang hanya bekerja sendiri telah bermurah hati untuk memberikan butir-butir peribadinya, temasuk alamat lengkap rumah, nombor My- kad dan nombor telefon bimbit seperti yang diminta oleh Lyana,” katanya kepada media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini pagi kelmarin.

Katanya kejadian itu ber- laku pada 9 Oktober lalu dan dua hari selepas itu (11 Okt) pengadu telah menerima satu panggilan telefon (private number) yang memperkenalkan dirinya sebagai Robert Jestkin daripada Syarikat Compass Courier yang mengatakan bungkusan daripada United Kingdom yang di alamatkan kepada pengadu telah ditahan oleh pihak berkuasa Kastam di KLIA kerana terlebih berat sebanyak 29kg.

Saiman berkata, bagi me- lepaskan bungkusan itu daripada terus ditahan, Robert meminta kepada pengadu supaya membuat beberapa pembayaran termasuk RM3,800 untuk denda bayaran berat bungkusan, RM18,700 untuk bayaran Kastam bagi melep- askan bungkusan itu dan RM96,000 untuk bayaran setem serta lain-lain bayaran penalti yang kononnya diminta oleh kepada Bank Negara.

Pemuda berkenaan yang dipercayai terlalu gairah untuk menerima bungkusan tersebut terus membuat pembayaran ke dalam beberapa akuaun yang diberikan oleh Robert Jeskin.

Menurut Saiman lagi, pada 18 Oktober, Lyanna sekali lagi menghubungi pengadu dengan meminta beliau melayari laman internet www.lyyod TSB Bank yang kononnya wang sebanyak Pound Sterling 57,000,00 akan dipindahkan ke akaun Maybank milik pengadu dan selepas melayari laman itu, pengadu sekali lagi diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM147,800 bagi tujuan bayaran insuran dan lain-lain perkhidmatan dan pengadu terus menjelaskan bayaran itu.

Bagaimanapun katanya, setelah melangsaikan semua permintaan yang keseluruhannya berjumlah RM420,100 mangsa tidak memperolehi apa yang dijanjikan dan merasa dirinya telah ditipu dan terus membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu.

Saiman berkata hasil daripada siasatan, pengadu telah dilaporkan membuat transaksi penghantaran wang sebanyak 15 kali melibatkan nama pemilik akaun yang berlainan masing-masing 11 kali di bank CIMB dan 4 kali di Maybank.

Berdasarkan daripada laporan itu katanya, polis Bahagian Siasatan jenayah Komersial telah membuka kes untuk siasatan. Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Menurut Saiman, kes tersebut merupakan kerugian yang melibatkan jumlah ter- besar yang dilaporkan sejak Januari 2011.

“Untuk tempoh Januari hingga 31 Oktober tahun ini, polis Labuan telah menerima sebanyak 17 kes dan kes yang melibatkan lelaki berkenaan adalah merupakan kes penipuan internet yang terbesar membabitkan kerugian RM420,100, sebelum ini dua wanita turut mengalami kerugian masing-masing berjumlah RM146,900 dan RM102,- 000 melibatkan kes yang sama,” katanya.

Daripada 17 kes yang disiasat itu katanya, pihaknya dengan bantuan polis Kuala Lumpur telah berjaya menahan 8 lelaki yang sebahagian besarnya warga Negeria yang dipercayai terlibat dalam sindiket kes penipuan mengunakan internet.

p.s: Ini lagi satu kes ni. Kenapa la boleh percaya dengan orang yang tidak dikenali lansung, disebabkan perasaan tamak haloba diri sendiri tertipu dan ditipu. Inilah salah satu sikap manusia kalau melibatkan duit saja mesti mata terbeliak telinga pun terbuka dengan luas. Mungkin kerajaan perlu ambil langkah yang lebih proaktif bagi membendung jenayah penipuan seperti ini.  Berikan lebih maklumat kes-kes seperti ni di setiap pelusuk jabatan kerajaan di Malaysia. Buat banner atau iklan bagi menyedarkan orang ramai tentang kes penipuan dan cara untuk mengatasinya. Tetapi yang paling penting sekali adalah diri kita sendiri , manusia itu sendiri, jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang menarik dari pihak yang diragui. Lebihkan ilmu dalam bidang teknologi melalui inisiatif diri sendiri agar kita boleh mengkaji dan selidik samada sesuatu perkara atau tawaran yang diberikan adalah benar dan bukan palsu.

Saiful ditahan atas didakwa mengambil dadah

Saiful Apek nafi ambil ganja

TAK MENGAKU...Saiful Apek (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
TAK MENGAKU...Saiful Apek (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA: Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.

Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan. 

p.s: Apa dah jadi da dengan dunia selebriti sekarang ni. Banyak betul kes terlibat dengan dadah. Kita tunggu dan liha sajalah samada betul atau tidak semuanya akan terbongkar juga.

Tuesday, November 1, 2011

Tragedi Oktober - Kemalangan Lori Shell dengan Keretapi di Kota Kinabalu

Ada yang lalu area Kepayan dan ternampak kepulan asap tebal di udara. Saya nampak dan pada mulanya membuat andaian mungkin ada kebakaran rumah telah berlaku. Tapi apa yang menghairankan asap itu berwarna hitam dan tebal. Ini bukan kebakaran kecil tapi berpunca dari kebakaran yang besar. Nah baca berita online dan di facebook, ada kemalangan keretapi langgar lori shell yang membawa muatan minyak. Video di bawah diambil dari youtube untuk mereka yang tidak nampak secara live selepas kemalangan itu berlaku.




Mengikut laporan berita tiada kemalangan jiwa ketika kejadian berlaku. Cuma ada 8 orang yang cedera termasuk pemandu train tersebut yang dikatakan telah patah kaki. Nasib la tiada orang yang mati..huh. Siasatan awal menunjukkan lori shell ingin menyeberangi landasan keretapi untuk menghantar minyak ke stesen shell di sebelah tetapi tidak cukup pantas untuk menyeberangi landasan tersebut lalu dilanggar oleh keretapi.

Kes kemalangan seperti ini pertama kali berlaku di Sabah. Ini merupakan satu pengajaran kepada kita dan kepada pihak yang bertanggungjawab harus mencari jalan bagi mengelakkan kemalangan seperti ini berulang lagi. Persoalan di sini ialah, kenapa tiada pemantauan dilakukan di mana kenderaan ingin melintas landasan keretapi? Tiada kah pekerja yang mengawal laluan tersebut? Tiada Automatic Gate/tidak berfungsi? Kita dengar la penjelasan dari pihak yang berkenaan tentang kemalangan ini dalam suratkhabar...peh

Tuesday, October 25, 2011

Cancer cure now in Malaysia

KUALA LUMPUR: There is a new hope for cancer patients in Malaysia.
A vaccine widely known for treating late-stage cancer – almost all types of cancer, except leukemia – is now available in the country.
The Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), which was only available in Japan previously, is able to completely destroy microscopic and tiny nests of cancer cells, thus preventing any future recurrences.
Discovered in 2005 by Dr Kenichiro Hasumi, a Japanese physician and researcher, HITV is an autologus (patient derived) active cell-based immunotherapy for metastatic or late-stage cancer patients.
It is based on immunology that harnesses human immune system’s innate and adaptive ability to combat diseases.
Dr Hasumi, founder and chairman of Hasumi International Research Foundation in the United States, has dedicated more than 40 years of his life to find a cure for cancer.
Speaking at a media conference yesterday, Dr Hasumi said the therapy was highly effective for patients suffering from late-stage cancer, when used in combination with radiotherapy.
“The use of tomotherapy (a type of radiation therapy) is important in this protocol. It can target the tumors precisely in one sweep, while reducing the radiation exposure to the surrounding tissues,” he said.
The treatment includes harvesting immune cells from the patient, culturing them in the laboratory to become immature dentritic cells, and then re-introducing them into the patient’s body, through injection into the tumor.
HITV course takes about three weeks, with 10 days of actual treatment. Patients will have to be examined with PET-CT scan after the treatment periodically, to monitor the tumors for regression.
While the treatment was only available in Japan, nine Malaysians suffering late stage of various types of cancer have decided to give it a try. Five of them have shown complete response.
They include Goh Sai Wah, 58, a non-smoker who was diagnosed with stage four lung cancer with extensive spread to the spine and bone in May, last year.

She underwent the HITV therapy in Japan on Oct 30, last year and in her follow-up check, six weeks later, almost all cancer cells had disappeared.

Now, 365 days later, and counting, she is very much alive and well.

Dr Hasumi said, since late stage cancer was a very difficult stage to cure, he hoped that in future, there would be innovations to cure cancer in the early stages.

HITV therapy costs about RM200,000, if patients decide to have it in Japan. In Malaysia, it will cost about RM150,000.

The therapy is now available at the Mahameru International Medical Centre but medical practitioners are trying their very best to introduce HITV to all hospitals in the Klang Valley, in an effort to give late-stage cancer patients a new hope in life.


p.s: Good news to all Malaysian patients.

Gara-gara ponteng sekolah, pelajar dirogol rakan sendiri

KENINGAU: Gara-gara ponteng sekolah dan minum arak jenis ‘tanduay’ seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Apin-Apin dirogol oleh rakan pelajar lelaki dari sekolah yang sama.

Sebelum kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari pada Jumaat lepas mangsa bersama suspek dan empat lagi pelajar perempuan yang lain ponteng sekolah dan pergi ke sebuah rumah usang di sebuah kampung berhampiran sekolah.

“Sampai di rumah usang itu mereka berpesta dengan minuman ‘tanduay’ sehingga mabuk menyebabkan dua daripada empat pelajar perempuan dalam kumpulan ‘kaki ponteng’ itu tertidur di dalam rumah usang itu kerana mabuk kira-kira jam 4.00 petang,” kata Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Suprintendan Polis (DSP) Zahari Mohamed yang mengesahkan kejadian itu.
Pada masa itu katanya, dua daripada pelajar perempuan itu telah keluar dari rumah usang itu.
“Setelah dua daripada rakan mangsa beredar sementara yang dua lagi tertidur, suspek yang telah mabuk bertindak merogol mangsa secara paksa,” jelas Zahari.

Ekoran kejadian itu katanya, mangsa telah mengalami kecederaan ringan pada bahagian bibir, lengan kanan dan kaki kiri dan telah dirujuk ke Hospital Keningau dan kemudian Hospital Likas.
Zahari memberitahu mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedikit tertekan.

Katanya, suspek, yang telah dikenalpasti hasil soal-siasat yang dijalankan, telah ditangkap pada hari yang sama, jam lebih kurang 9.15 malam di rumah di Kampung Umpason, Jalan Apin-Apin, Keningau.

Siasatan awal mendapati, suspek juga pelajar Tingkatan Dua dan berumur 14 tahun dan empat pelajar perempuan yang lain dari sekolah yang sama.

Menurut Zahari, suspek ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut.


p.s: Kotoh.. baru tau siapa suruh ponteng sikul lagi. Zaman sekarang kes rogol semakin menjadi-jadi terutamanya yang budak-budak remaja ni. Satu lagi kes minum minuman beralkohol, masih lagi underage.. tolonglah apa sudah jadi kepada anak-anak Sabah sekarang ni. Pengaruh mungkin salah satu penyebab kes ini berlaku. Dan kurangnya didikan agama serta kasih sayang daripada ibubapa. Tidak mo cakap banyak pasal ni.. sedih betul dengar kes macam gini.

Friday, October 21, 2011

Muamar Gaddafi mati ditangan rakyatnya sendiri.

Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari
Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

NONEAl Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.
Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.
“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.
Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.
Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

NONEBekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.


source: Malaysiakini

p.s: Jatuhnya seorang pemimpin diktator ditangan rakyatnya sendiri. Setelah 42 tahun memimpin negaranya akhirnya Gaddafi mati dibunuh oleh rakyatnya yang bangun memberontak kepimpinannya. Kalau rakyat dah bersuara macamana juga kena dengar lah cakap rakyat sendiri. Dengan kerajaan sementara Libya  harapan daripada pemimpin sementara Libya agar masa depan negara itu akan lebih baik dari masa yang lalu.

Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012 - Gaji maksimum penjawat awam meningkat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

NONEBerpakaian baju Melayu  merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.
INTIPATI BAJET 2012

azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

azlanPeruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan BanjirKerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

ps.: Begitulah belanjawan 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Untung kepada penjawat awam kenaikkan gaji maksimum sehingga 37.7% tapi kalau sia tidak silap dengar macam 39%, mungkin la 37.7%-39% bah kali tu hehehe.

Tablet RM111 termurah di dunia

NEW DELHI: India melancarkan komputer tablet termurah di dunia semalam, berharga AS$35 (RM111) diberi nama Aakash yang bermakna ‘langit’.

Sebanyak 100,000 unit pertama diberikan percuma kepada pelajar sebelum ia dijual kepada umum dalam tempoh beberapa bulan lagi. 

Mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan, Aakash dipasang di India bagi membantu hasrat kerajaan membangunkan teknologi maklumat dalam pendidikan negara itu.

sumber:  http://adf.ly/34ZSV

spefikasi: http://adf.ly/34ZW5

p.s: Murah!! Mimang murah, sesuai untuk para pelajar yang mahu budget Tablet. Okies lah sebagai permulaan lagipun diorg buat ni pun fokus untuk para pelajar-pelajar di Universiti,so India ni kira maju setapak sudah untuk melahirkan jenama Tablet sendiri. Harga murah so faham-faham la, spefikasi dia tidak la sebarapa tetapi yang menarik perhatian saya boleh main video format 1080 lancar lagi tu. Itu mengikut maklumat yang saya baca lah,, bleh tengok sendiri spefikasi tablet Akash ni di website di atas.

Thursday, October 6, 2011

Juara Lawak 4 - Kecik, terlibat dengan dadah?

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

Tuesday, October 4, 2011

Streamyx slow baru-baru ini, kenapakah?

Yep baru-baru ini kelajuan line tenet Streamyx tiba-tiba menjadi slow. Kenapakah line tenet jadi slow- TM ada jawapannya hehe. TM telah membuat pengumumman di websitenya yang mana terdapat kerosakkan pada kabel di laluan Asia-America jaringan kabel diantara La Union di Filipina dan Lantau di Hong Kong yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat. Jadi para pengguna Streamyx diharap dapat bersabar di atas segala kesulitan yang telah berlaku okies. Untuk notis penuh tentang masalah kabel boleh layari http://www.tm.com.my/about-tm/media-centre/announcements/Pages/AAGCABLEFAULTSAFFECTINTERNETSERVICES4OCT2011.aspx.

Monday, October 3, 2011

Kelibat pocong atas bukit

POCONG...imej makhluk  didakwa pocong oleh penduduk  dirakam di sebuah rumah yang terbiar.

POCONG...imej makhluk didakwa pocong oleh penduduk dirakam di sebuah rumah yang terbiar. 
 
SENAWANG: Beberapa penduduk di Taman Jasmin Indah, di sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong di atas sebuah bukit di kawasan perumahan berkenaan, di sini, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang penduduk, Ahmad Surathi, 41, yang mendakwa melihat kelibat makhluk itu sekitar jam 12 tengah hari.

Menceritakan detik menakutkan itu, Ahmad berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di kawasan atas bukit berhampiran rumahnya sering dilihat sedang ‘bermain’ dan merenung tajam ke arahnya.
Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong itu yang gelap selain ia didakwa hanya merenungnya saja.

“Sejak saya pindah di kawasan perumahan itu sejak enam tahun lalu, ini bukan kali pertama saya melihatnya, malah sudah lali hingga menganggapnya seolah-olah ‘penduduk’ kawasan perumahan ini juga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, pernah dia membawa rakannya pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam semata-mata untuk melihat pocong itu.
“Pocong itu menunjukkan diri hingga menyebabkan rakan saya itu serik untuk datang ke rumah saya lagi dan demam selepas melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia sebenarnya seorang yang sukar mempercayai benda pelik sebegitu tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.
“Malah, beberapa penduduk di sini, selalu melihat kelibat berkenaan sedang meloncat di kawasan bukit itu dan tangki air,” katanya.

Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.

Malah dakwanya, anak saudaranya berusia tujuh tahun pernah merakamkan gambar pocong sedang berdiri di pekarangan rumah tinggal yang terbiar di kampungnya di Tampoi, Johor, baru-baru ini.

“Ketika itu, anak saudara saya bermain menangkap gambar menggunakan kamera telefon bimbit ibunya, dan secara kebetulan menangkap gambar makhluk itu sedang berdiri merenung rumah tinggal itu,” katanya.

“Kebetulan, rumah itu sudah lama ditinggalkan dan berdekatan dengan kawasan perkuburan, terkejut anak saudara saya dan terus demam apabila melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat tubuh putih memandang ke arah rumah lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada makhluk berkenaan adalah betul atau ia perbuatan segelintir remaja nakal,” katanya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Taman Jasmin Indah, di sini, sebagai makhluk Allah Taala.

“Makhluk ditemui lelaki itu mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk. Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


p.s: Ini kes paranormal ini. Tapi tanpa bukti yang kukuh rasanya ini perbuatan budak-budak nakal ni. Gambar di atas nampaknya seperti palsu, jangan marah ya yang empunya gambar or kepada mereka para peminat kejadian paranormal sekalian. Sepertinya kain kapan itu di ikat di sebatang kayu/besi dan jelas seperti kain kapan yang baru dibeli dari kedai. Something interesting to share kalau ada lebih bukti seperti gambar atau video mungkin boleh dipertimbangkan, suruh The Seekers pigi buat kajian di tempat kejadian dan kita tengok laporan diorang.

Air con at 24°C ‘will save govt RM100m’

PUTRAJAYA: The government can save about RM100 million a year when the 24,300 government premises observe the 24° Celsius temperature limit for air conditioning.
The measure will be implemented as soon as the chief secretary to the government issues a circular.

Public Works Department directorgeneral Datuk Mohd Noor Yaacob said some of these premises comprised three to five buildings.

He said increasing the temperature by a degree could save five per cent of the energy that went towards air conditioning.
The department’s building here, he said, could save up to RM60,000 a year by setting the air conditioning temperature at 24°C.

“This is definitely a good practice as the money saved could be channelled to other uses. We could use it to maintain roads and other facilities,” Noor said in an interview.

He said the government was spending RM3.5 billion annually on utilities, including electricity, water and phone bills.
Asked about online comments that the government should focus on bigger things, Noor said even the three “R” campaign — reduce, reuse and recycle — was based on small efforts. “If we can’t do the small things well, how can we do the big things?” In August, the Energy, Green Technology and Water Ministry ordered all government offices to set their airconditioning no lower than 24ºC. In every government office, at least 40 per cent of energy consumed goes to air-conditioning.

The order will be extended to the private sector by 2013.

Energy Commission senior executive (Demand Side Management) Zul Azri Hamidon said government offices accounted for about 17 per cent of commercial floor space, while the remaining 83 per cent was for non-government buildings nationwide, including offices and shopping complexes.
The floor space calculated is based on the size of the building.

“This means that non-government buildings can save up to five times what government premises can save,” Zul Azri said.


p.s: Think about it you can help government save RM100m expense from using Air-Conditioner in office. Bah apalagi set kan suhu aircond anda ke 24 darjah celcius. Bukan saja jimat kos tetapi dapat mengurangkan pencemaran udara.

Thursday, September 29, 2011

Remaja tak sempat lakukan hubungan seks kerana panggilan kak

BESUT: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.

“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.

“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.


Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.

Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.

Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.

Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan.

p.s: Apa nak jadi dah budak remaja sekarang. Bitin sudah kah? Tulung la tahan nafsu tu banyak sikit. Sudahla budak masih di bawah umur. Kalau pregnant lagi nanti siapa yang susah. Kes macam beginilah yang mengundang kes buang bayi dan gugurkan kandungan. Pastu kes budak sekolah berhenti sekolah tak habis belajar. Tolonglah wahai remaja-remaja sekalian terutama sekali yang perempuan, hissh.. tia tau la macamana mo kasi nasihat ma kamu orang lagi. Harap orang-orang yang terdekat (family) boleh bantu tingkatkan lagi akhlak dari segi moral dan agama kepada anak-anak anda. 

Wednesday, September 28, 2011

Kompleks di Subang Jaya meletup, empat cedera


Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.

NONELetupan itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk.

Beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.

Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
NONEKejadian itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis, termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata, beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.
Setakat ini punca kejadian belum diketahui.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Osman Abdullah berkata jentera bomba pertama sampai kira-kira jam 3.50 pagi.

NONEMenurutnya, setelah sampai dilokasi, berlaku kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.

"Kami menerima laporan daripada pengawal keselamatan bangunan, terdapat dua orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami cedera ringan.

"Manakala dua orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.
NONESementara itu, menurut Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Subang, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.

"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi rakyat tempatan.

"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.
NONEMenurut saksi, Daryl Chua, 27, (kanan) ketika kejadian berlaku, dia bersama teman wanitanya sedang menuju ke mesin bayaran tiket letak kereta.

Ketika sampai di mesin tersebut, katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi 'letupan' dan terus rebah ke lantai.

"Saya terpaksa memapah teman wanita saya yang longlai dan tidak berdaya, keluar dari kompleks membeli-belah tersebut, kira-kira tiga minit selepas kejadian berlaku," katanya ketika menceritakan detik cemas itu.

Pada masa yang sama, dia ternampak beberapa orang awam dan pengawal keselamatan bertempiaran lari menyelamatkan diri

"Nasib baik saya dan teman wanita tidak cedera serius, saya hanya luka kecil di tangan manakala kereta rosak teruk," katanya. 

sumber: Malaysiakini

p.s: Nah apa sudah jadi. Kebocoran gas di kompleks membeli-belah. Nasib baik tiada nyawa yang melayang dan ianya berlaku ketika orang sedang tidur nenyak. Kalau berlaku time orang pigi shopping kan lagi teruk kesnya. Siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.

Piala Malaysia: Sabah vs Johor 27/09/2011

Tahniah kepada pasukan Sabah kerana berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah Johor dengan jaringan 4-1. Sebelum ini Sabah mengutip mata yang sama dengan Kedah dengan 7 mata dengan kelebihan jaringan 2 gol dari Kedah. Sabah amat memerlukan kemenangan pada perlawanan semalam dengan jaringan yang besar bagi mendahului Kedah dengan jaringan 2 gol sekiranya Kedah memenangi perlawanan dengan Perak namun keputusan seri 1-1 membolehkan Sabah selesa untuk ke perlawanan suku akhir bertemu dengan pasukan T-Team yang dijadualkan berlansung pada 4 atau 8 Oktober ini.

Namawee Panas dengan laporan seorang Editor Utusan


Berikut merupakan laporan dari Utusan Online yang membuatkan Namawee Panas.. Panas..

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia. 

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini. 

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!


p.s: Alala.. alala.. kenapa ni apa yang sudah terjadi ni. Dengar-dengar kutipan Nasi Lemak 2.0 kini telah mencecah RM4.5 juta.. Box Office tu, di Malaysia la. Saya belum lagi berkesempatan untuk tengok filem ini, tapi tengok trailer dan sinopsis jalan cerita memang menarik.Kesian si Namawee, nampaknya kes kontroversinya dulu masih melekat di hati rakyat, bukan semua rasanya tapi kalau dah lekat tu mimang susah juga mo dilepaskan. Apapun majulah filem negara untuk rakyat!

Monday, September 26, 2011

Wanita nekad kejar, langgar peragut

JOHOR BHARU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.
Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum lelaki berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.
"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh.

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda.

Cindy yang cedera pada tangan kiri dan kanan serta kakinya berkata itu kali kedua beliau diragut, di mana kali pertama dia diragut di Taman Megah Ria, Seri Alam pada 2005.
"Peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau.

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan," katanya. - BERNAMA 

p.s: Nah baru tau kena penangan wanita kan dah kena. Siapa suruh, kotoh! meragut lagi karaja cuba la buat kerja-kerja yang halal. Ini apa kes bawa motor pigi meragut orang, nasib tia kena belasah teruk oleh orang ramai. Peh.

Wednesday, September 21, 2011

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat. - Utusan


p.s: Maklumat bagi mereka yang masih belum tahu pasal penangguhan cukai perkhidmatan untuk talian prabayar. Kanapa la mo ditangguh kan bagus kalau dihentikan terus usaha untuk bagi cas perkhidmatan tu hohoho.

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

abdul rashid abdul rahmanKabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

sabah illegal immigrant"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

mahathir pc 260608 05Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

sumber: Malaysiakini

p.s: Kalau betul la laporan dari Wikileaks ini tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan bukan sahaja untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan malah menghapuskan sama sekali projek IC palsu yang telah dibekalkan. Iya memang bukan mudah seperti mana yang kita tahu dari dulu lagi ramai tokoh-tokoh terkenal tempatan di Sabah cuba membawa isu ini ke Parlimen namun tiada inisiatif yang efisyen diambil oleh kerajaan. Ramai orang Sabah sendiri berpendapat kini mereka seperti bukan lagi tinggal di negeri sendiri tetapi seperti di negeri orang asing. Kebanjiran PTI ini amat menggusarkan para rakyat di Sabah. Banyak kes-kes jenayah yang berlaku melibatkan PTI dan ini tentulah akan memburukkan lagi keadaan keamanan di Sabah. Harap kerajaan tidak terlepas pandang isu ini. Semoga ada jalan penyelesaian untuk membanteras kejadian seperti ini tidak lagi akan berlaku.

Sunday, September 18, 2011

Penduduk tangkap ‘orang minyak’



KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar ‘orang minyak’.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.
Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.
“Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

“Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Norlida berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah sebuah belukar tebal di belakang pangsapuri sambil dikejar oleh suaminya dan seorang jiran.
Ahmad yang juga seorang anggota tentera pula berkata, dia bersama jirannya mengejar sejauh 50 meter sebelum dapat menangkap lelaki itu yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.

“Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

“Saya fikir dia mungkin pengamal ilmu hitam kerana berkelakuan pelik dan saya terus menghubungi pihak polis yang menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi,” jelasnya.

Sementara itu, jurugambar Mingguan Malaysia, Zakaria Idris, 47, yang berada di tempat kejadian turut merasakan lelaki itu berkelakuan pelik dan tidak menyangkal kemungkinan, dia adalah pengamal ilmu sesat seperti ‘orang minyak’.

“Badannya tidak disapu minyak seperti ‘orang minyak’ tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.
“Selain itu dia tidak banyak bercakap meskipun ditanya pelbagai soalan oleh penduduk,” jelasnya.
Difahamkan, kewujudan lelaki yang dipercayai tidak menetap di kawasan itu disedari awal pagi ini. Dia dilihat sedang berbogel di belukar terbabit namun tindakannya ketika itu tidak diambil peduli oleh penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan akan membuat siasatan lanjut.

“Kami masih menyiasat motif suspek dan kami percaya dia adalah pekerja kontrak di kawasan berhampiran,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengakui, wujudnya amalan ilmu hitam dalam masyarakat di negara ini.

“Dalam kes ini, saya tidak menolak lelaki terbabit itu pengamal ilmu hitam kerana jika dia adalah seorang pesakit mental, tentu tidak akan terus melarikan diri jika ternampak suami wanita itu.
“Ketika itu, dia mungkin dipengaruhi ‘ilmu’ yang dituntut menerusi kerjasama dengan jin atau syaitan, terutama sekali apabila menjadikan wanita sebagai sasaran,” ujarnya.


p.s: Apa da nak jadi dengan orang ini. Main telanjang-telanjang pula. Ahaks lucu juga. Apa kes belajar ilmu hitam macam begini bikin malu sama diri sendiri saja. Bagus lagi bekalkan diri dengan ajaran agama yang betul ataupun sekurang-kurangnya tambah ilmu di dada. Ini tidak tia pasal-pasal belajar ilmu hitam main telanjang bulat hohoho.. opss sori to say bukan mengata tapi ianya realiti. Peace Bro!!

Tuesday, September 13, 2011

Buaya gergasi baham antelop


PAOLO TORCHIO berjaya merakamkan gambar seekor buaya sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop di sebatang sungai di Taman Negara Maasai Mara di Kenya.


TAMAN NEGARA MAASAI MARA, Kenya - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Aksi buaya itu membaham haiwan tersebut sempat dirakamkan oleh jurugambar terkenal, Paolo Torchio dari Itali di sebatang sungai di sini.

Menurut Torchio, kejadian tersebut menyebabkan seseorang itu berfikir bahawa betapa kecilnya diri kita dalam dunia haiwan.

Sungai itu dipenuhi dengan bangkai haiwan yang mati semasa ia cuba untuk berhijrah dari Tanzania ke Kenya.

Dua minggu lalu, sekumpulan penduduk di bandar Bunawan, Filipina berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 6.1 meter hidup-hidup.

Buaya itu kini ditempatkan di sebuah kurungan dan ia dipercayai buaya paling besar pernah ditangkap hidup-hidup di dunia. - Agensi

sumber: Kosmo Online

p.s: Betul kah ni? 6.4 meter besar tu kalah yang di Filipina.

Friday, September 9, 2011

Tidak dapat jadi guru: Lelaki hidap HIV/AIDS fail saman

BEIJING 9 Sept - Seorang lelaki yang menghidap HIV/AIDS, memfailkan saman diskriminasi terhadap pihak berkuasa tempatan hari ini kerana enggan mengambilnya sebagai guru sekolah rendah.
Jika kesnya diterima oleh mahkamah, maka ia merupakan tuntutan kedua kes diskriminasi di negara China, di mana orang-orang yang dijangkiti HIV/AIDS sering didiskriminasikan walaupun sikap terbuka semakin meningkat.

Plaintif yang berusia 27 tahun itu dan dikenali sebagai Xiao Hai memaklumkan media AFP bahawa dia lulus dalam ujian dan temubual untuk pekerjaannya di barat daya wilayah Guizhou pada April lalu tetapi ditolak permohonan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Mereka memaklumkan yang permohonan saya tidak diterima kerana didapati keputusan ujian kesihatan menunjukkan positif bagi HIV/AIDS.” katanya.

Tambahnya, Xiao Hai telah memfailkan tuntutan mahkamah semalam terhadap pihak berkuasa sumber manusia di wilayah Sandu Shui. – AFP

sumber: Utusan Online

p.s: Ini kes berlaku di China, macamana pula kalau ia berlaku di Malaysia. Adakah orang itu akan diterima? Fikir-fikirkanlah.

Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

"Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

-- BERNAMA

p.s: Nah Caj 6% untuk mo membeli prepaid, abis lah kenapa lagi mo menyusahkan para pengguna. Kalau mo beli prepaid RM10 kena tambah 0.60sen adeh, leceh la mo sediakan dan simpan duit syiling ni. Selalu bagi RM10 trus cau ni kali la duit syiling amat diperlukan. Kita tunggu dan lihat respon dari pihak-pihak tertentu mesti ada yang membantah lagi cadangan ini. 

Thursday, September 8, 2011

47% guna perisian haram


SINGAPURA – Hampir separuh daripada pengguna komputer peribadi dunia (PC) atau 47 peratus memiliki perisian menerusi cara haram dan di negara-negara membangun, angka-angka itu lebih tinggi.

Peneraju global utama untuk industri perisian, Business Software Alliance (BSA), semalam mengumumkan penemuan kajian yang dikendalikan oleh Hal Ehwal Awam Ipsos ke atas kira-kira 15,000 pengguna PC di 32 buah negara.

Kajian itu mendapati sebahagian besar pengguna komputer di dunia membangun biasanya memiliki perisian menerusi cara yang tidak sah, seperti membeli lesen tunggal untuk satu program dan kemudiannya memasangnya kepada pelbagai mesin atau memuat turun daripada rangkaian negara-ke-negara.

Daripada 32 negara yang dikaji selidik, sembilan di rantau Asia Pasifik dan antaranya ialah China, Vietnam, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan didapati berada pada 10 kedudukan teratas kadar cetak rompak individu di kalangan negara yang dikaji selidik.


p.s: Adeh.. kes cetak rompak perisian haram ini bukan kes baru. Memang sukar dibendung lebih-lebih lagi di negara membangun. Bukan semua orang dapat beli perisian yang original, lagipun harga perisian mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Orang yang gaji kecil memang tak termampu mo beli jauh sekali niat dihati mo membeli. Tapi kalau memang dah minat or yang yang mo digunakan atas nama company memang patut beli yang ori. Hilang integriti satu company kalau ditangkap pakai perisian haram.

Cut Tari telah meninggal?

Ramai terkejut khabar angin Cut Tari meninggal
JAKARTA: Nama Cut Tari kembali menjadi perbicaraan ramai di laman sesawang sosial dan Internet. Bukan kerana kaitan dengan video lucah tetapi selebriti itu dikhabarkan sudah meninggal dunia.
Khabar mengejutkan itu dikatakan bermula daripada pesanan melalui Blackberry Messenger (BBM) yang tersebar, semalam.

“Innalillahi wa’inna Ilaihi Rajiun. Berita sedih mengenai artis Indonesia yang terlibat dengan kes video lucah, Cut Tari, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet, Jakarta jam 2.27 petang tadi. Cut Tari dibawa ke hospital satu jam sebelum itu selepas tidak sedarkan diri. Pihak hospital belum mengesahkan punca kematiannya kerana keluarga Cut meminta supaya mayatnya dibedah siasat.” Sejurus selepas itu timbul kekecohan di kalangan pengguna Twitter apabila ramai yang bertanya mengenai kesahihan khabar itu.
“Benarkah Cut Tari meinggal? tulis seorang pengguna, @WinnyPatty.

Bagaimanapun, pihak pengurusan artis terbabit menafikan khabar itu. Pemilik akaun @icontalentmgmt, menjelaskan Cut sihat-sihat saja dan kini menjalani penggambaran program televisyen.

“Berita sedih mengenai Cut Tari itu tidak benar kerana waktu ini dia sibuk menjalani penggambaran,” tulis @icontalentmgmt menafikan khabar duka itu. - Agensi

p.s: Adakah ini merupakan satu publisiti yang dibuat oleh pihak tertentu agar dapat meraih populariti seseorang artis? Mungkinlah macam tidak biasa. Selepas keluar berita ini pasti ramai orang akan mengoogle siapa kah Cut Tari hehehe.

Wednesday, September 7, 2011

Biggest Crocodile Ever Caught?


Caught alive after a three-week hunt, an allegedly 21-foot-long (6.4-meter-long) saltwater crocodile—the biggest crocodile ever caught in the Philippines—is restrained on September 4, according to the Associated Press.

The 2,369-pound (1,075-kilogram) crocodile is suspected of attacking several people and killing two. The animal, named Lolong, survived capture and is being held in a temporary enclosure in the village of Consuelo, near Bunawan township (map).

Federal wildlife officials are trying to confirm whether the reptile is the largest crocodile ever captured, Theresa Mundita Lim, of the Philippines' Protected Areas and Wildlife Bureau, told the AP.

The Guinness Book of World Records lists a 17.97-foot-long (5.48-meter-long), Australian-caught saltwater crocodile as the largest in captivity.

Yet herpetologist Brady Barr, host of the National Geographic Channel show Dangerous Encounters, said such claims rarely check out. (The National Geographic Society part-owns the Channel and wholly owns National Geographic News.)

"I'd be surprised if it was truly six meters," Barr told National Geographic News, adding that a scientist would need to verify the claim.

Alligator biologist Allan Woodward agreed. "There's never been a crocodile longer than approximately 18 feet [5.5 meters]," said Woodward, of the Florida Fish and Wildlife Conservation Commission. "That would be an exceptional jump."

As for whether the crocodile is the perpetrator of the attacks, it's impossible to know unless the animal is killed and cut open, Barr said. Officials did induce the animal to vomit, which produced no human remains.

"It's great they didn't kill it," Barr said. "That's commendable [and] very rare."

Tuesday, September 6, 2011

QPR ingin David Beckham sertai mereka

Pemilik Queen Park Rangers yang baru, Tan Sri Tony Fernandes bercadang untuk membawa semula bekas pemain England, David Beckham untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris. Fernandes mahu Beckham berada di Loftus Road sejurus kontraknya tamat dengan LA Galaxy musim ini. Walaubagaimanapun harga yang diletakkan ke atas Beckham tidak akan datang dengan murah. Tetapi Fernandes percaya jualan baju dan barangan lain akan meliputi sebahagian besar yuran pemindahan beliau.

p.s: Relevan atau tidak relevan terpulanglah kepada tuan punya badan yang bercadang membawa David Beckham ke Liga Perdana Inggeris. Mungkin ini peluang terakhir Beckham menunjukkan yang dia masih lagi berkebolehan dan kemahirannya masih diperlukan dalam skuad bola sepak England.

Anak Krisdayanti Mirip Suaminya, Raul Lemos



Pasangan ini memulakan perjalanan hidup sebagai suami isteri pada Mac lalu. Sebelum ini Krisdayanti telah mencetuskan kontreversi bercium di khayalak ramai dengan Raul Remos sebelum bergelar suami isteri dan mengumumkan berita tergempar yang dia sedang mengandung anak Raul Remos 4 bulan sebelum bernikah. Untuk meredakan keadaan, Kris Dayanti telah meminta maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia. Kris Dayanti melahirkan anaknya di Hospital Mitra Kemayoran, Jakarta pada jam 1:45 petang, tanggal 4 September 2011. Aryana Amora Lemos itulah nama yang diberikan kepada bayi pasangan tersebut.