Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Harga Minyak naik lagi, kalau kenaikkan ini dapat membantu kerajaan menstabilkan dan meningkat ekonomi negara saya rasa ini tidak akan menjadi persoalan. Harapan agar pembangunan akan diteruskan terutamanya di Sabah. Seperti mana yang kita tahu masih banyak lagi pembangunan yang perlu dibuat di Sabah bukan saja di BANDAR dengan bangunannya yang mencakar langit dan tempat-tempat komersial banyak dibangunkan. Pembangunan di luar bandar Sabah masih lagi ditahap yang kurang memberangsangkan, terutamanya jalan-jalan yang belum diturap di kawasan kampung. Semoga para pemimpin di Sabah akan terus turun padang menjalankan tanggungjawab mereka untuk membantu dan memajukan kawasan masing-masing.