Monday, June 14, 2010

Pelakon Komedi ditangkap ketika Khayal?

Ehem pelakon komedi popular, musti kamu orang tau sudah ni siapa ni orang..ndak payahlah sa bagitau disini. Mo klu? Alah orang ini selalu menang anugerah Pelakon Komedi Popular Berita Harian tu...tau sudah kan. Well pengajaran dia, jangan lah kita libatkan diri kita daripada musuh no. 1 negara iaitu dadah. Bahaya!! kalau sudah ketagih tu nah mimang susah mo dilepaskan. Jadi jangan main-main dengan benda-benda macam begini, nanti padahnya diri sendiri juga terasa. Hopefully pelakon komedi selepas ni tulunglah insaf, faham-faham la keburukkan menagih dadah ini. Berikut merupakan petikan berita dari Berita Harian online hari ini.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon komedi dan lima rakannya kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini, semalam.

Difahamkan, pelakon komedi berusia 41 tahun itu diberkas bersama lima rakannya termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an ketika di bawah pengaruh dadah oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati mereka semua positif dadah. Difahamkan, dalam serbuan jam 10 malam itu polis turut merampas beberapa gram daun kering dipercayai ganja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, ketika mengesahkan penahanan itu berkata pelakon terbabit bersama rakannya ditahan hasil maklumat awam dan risikan.

“Kita percaya dadah itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk diedarkan berikutan jumlahnya yang kecil. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata mereka kini direman sehingga 16 Jun untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru, saya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tuesday, June 8, 2010

Baca artikel dapat duit! - Readbud



Siapa yang minat membaca tu nah boleh lah join Readbud. Kenapa? Coz selain daripada kita membaca artikel-artikel dari diorg kita dibayar setelah kita selesai membaca dan memberi rating artikel tersebut.

Untuk mula membaca dan memberi rating di Readbud:
Daftar terus link dibawah:
Klik disini untuk mendaftar di Readbud

1. Isi form di sebelah kanan website Readbud.com
2. Setelah dapat confirmation email, pilih menu Interest dan pilih kategori yang kamu minat


Pilih 50 kategori yang kamu minat.


3.Klik Sumbit Changes

4. Okies, selesai sudah pendaftaran, so selepas ini boleh terus membaca artikel, klik pada new articles.

5. Klik Open Article untuk mula membaca artikel

6. Kamu bagi ja rating maksimum untuk dapat artikel yang harganya tinggi sikit.

7. Dan buat ja cara yang sama untuk artikel-artikel yang lain sampai habis. Sinang kan heh.

Kalau kamu rajin cek di website diorg kamu buli dapat 20 artikel ke atas dalam satu hari dan income dalam dollar sehingga $1.++. Minimum payout adalah $50 so anggaran dalam masa 50 hari boleh la buat cash out. Bukti pembayaran.. sa belum ada sebab sa baru juga join so kalau ada sudah dapat payment nanti sa buktikan. Sekian terima kasih

Tokek boleh dijual hingga RIBUAN ringgit




TOKEK, menjadi satu topik yang popular di Sabah baru-baru ini. Sia pun tia tau kenapa tetiba cerita tokek ini jadi popular bermula dari cerita saudara-mara lepastu diikuti dengan cerita kawan-kawan, ada yang siap beli lagi dari orang untuk dipelihara bagi mendapatkan hasil ribuan ringgit. Tokek dijual mengikut berat, lagi berat lagi mahal harganya. Standard berat tokek di pasaran adalah 300 gram pun buli mencecah ribuan ringgit.


Kenapa tokek ini mahal? Ada fakta yang menyatakan tokek ini kununnya mengandungi zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Sama seperti kejadian hempedu beruang yang juga mengandungi zat aktif bersifat theurapetik. Buat masa kini zat aktif tersebut masih dalam tahap kajian dan telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif ini dinamakan IUPAC Tri-heksipentafenikol ( wow kebenda nie ) mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanser/metasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral (menurut sumber dari beberapa website) tapi masih belum disahkan benar oleh Saintis. Apa yang sia boleh katakan disini nampaknya zat aktif dari tokek ini masih dalam kajian but harap-harap buli jadi kenyataan sebab sekiranya ianya benar so dapat juga menyumbangkan bantuan dari segi perubatan. Nah lepasni banyaklah pemburu tokek nie semata-mata mo dapat duit yang mimang berbaloi orang bilang.

Untuk maklumat lanjut pasal tokek ni atau dalam bahasa inggerisnya Gecko layarilah http://id.wikipedia.org/wiki/Tokek_rumah versi indon