Pages

Thursday, March 24, 2011

Pernah dengar atau baca pasal iklan ini?

The EDU Project is endorsed by the MOE and MSC. Part time job for those in the age between 18-35 , -Income 200-500 (weekly) , -Flexible time and place . Interested?.

Iklan teks  seperti di atas membawa kita tertanya-tanya apakah job yang dimaksudkan. Baru-baru ini iklan ni disebarkan melalui kertas iklan teks dan laman web. Dikuatkan lagi dengan sokongan daripada MOE dan MSC. Cuba teka kerja apa yang ditawarkan? Thehe saja mo buat saspen.. Okies bagi  pendapat saya lah ia berkaitan dengan marketing mempromosikan produk mereka. Saya ada cuba menghantar SMS kepada mereka. Temujanji akan dibuat mengikut masa yang kita tetapkan. Guess what, it's from Kenshido International. Siapa tidak kenal Kenshido, Apa produk diaorang? Introducing Score-A Programme System. Secara ringkas ia adalah aplikasi web pembelajaran untuk individu terutamanya pelajar,guru dan ibu bapa. Dalam aplikasi laman web secara online tersebut ada disediakan nota-nota pembelajaran  dan latihan dari last exam papers.

Aplikasi yang bagus sebab ia merujuk kepada education dan selain kita mempromosi produk ini kita boleh dapat income bila ada orang beli dan join under kita. Nah macam MLM sudah thehehe. Bila dengar ja MLM, of course ianya bukan job yang free. To be part of them you must first buy the produk. Diorang ada beberapa package dari yang murah sampai lah yang harga melatop. Well bukan macam CNI or Elken di mana klu mo join kena bayar dalam lingkungan RM70, payment adalah dalam ratusan. Kalau tidak silap sa package paling murah dalam RM500-RM700++. 

Secara kesimpulannya, produk ini bagus, tetapi it's way to costly la. Kalau cikgu-cikgu mungkin buli la tapi kalau yang mac student U tu fikir2kan lah. Untuk maklumat lanjut layari laman web di bawa. Atau kalau masih lum jumpa maklumat yang anda mahu dan ingin tahu lebih lanjut pasal score A samada berbaloi atau tidak mo join, guna la pakcik Google .

Link score A:  http://www.score-a.com.my/eng/index.cfm

No comments:

Post a Comment