Wednesday, June 29, 2011

Google perkenalkan laman sosial terbaru saingi Facebook

WASHINGTON: Enjin pencarian internet terkenal dunia, Google melancarkan laman sosial terbaru bagi menyaingi Facebook yang dipanggil Google+.
"Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya," kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra dalam blog mengenai inisiatif laman sosial yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan. 
 
Ketika memperkenalkan Google+, Gundotra berkata, keupayaannya ialah membolehkan pengguna membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga dalam "bulatan" berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan.

Salah satu kritikan terhadap Facebook ialah sebarang kemas kini dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook berbeza. - AFP

p.s: Itu dia ada sudah pesaing Facebook. Kita tunggu dan lihat, adakah sambutan hangat akan diberikan ke atas Google+ .

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GoogleperkenalkanlamansosialterbarusaingiFacebook/Article/index_html

Wednesday, June 22, 2011

Marsha Milan Londoh sudah kahwin

Sumber diperolehi dari Harian Metro yang menembual Marsha telah mengatakan yang dia sudah berkahwin pada hari Ahad yang lalu. Berikut merupakan kenyataan Marsha ketika ditemubual.

“Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.


“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. - Harian Metro


Saya pun sangsi juga, kenapa pula Marsha nak kawin senyap-senyap. Sekali kurik punya kurik terjumpa ini blog http://artismalaysiaterkini.com/527/cerita-perkahwinan-marsha-terjawab/. Nah terjawab segala teka-teki di dalam minda. Marsha tak kawin lagi lor itu semua kejutan untuk Video Clip untuk lagu yang bertajuk "Bila".

Monday, June 20, 2011

DJ Othoe resigned from Suria FM

Oleh : MEDIA PBRS
NEGERI Sabah harus mempunyai garis panduan tersendiri dalam soal hak penyiaran terutama membabitkan produk seni tempatan dan berperanan melindungi hasil seni tempatan dari dipinggirkan oleh pihak yang tidak peka dengan kedudukan industri seni di negeri ini.

Ketua Penerangan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Rozie Jumat berkata, PBRS mengambil serius luahan yang dibuat oleh Andrew Impongan yang lebih dikenali sebagai DJ Othoe terhadap pengurusan radio Suria FM yang didakwanya meminggirkan lagu-lagu tempatan citra Sabah.
“Harus diingatkan bahawa tidak akan ada bezanya mana-mana saluran radio sama ada dari semenanjung mahupun Sabah jika tidak memahami budaya pendengar Sabahan,” ujarnya yang memberi reaksi sepontan kepada dakwaan DJ Othoe melalui kenyataan akhbarnya.

Kita tidak mahu kecenderungan radio-radio dari semenanjung yang memancing kita dengan memberi keutamaan kepada lagu-lagu tempatan, namun apabila mereka merasakan kedudukan mereka selesa, maka mereka menukar haluan dengan mulai meminggirkan lagu-lagu karya anak Sabah.

“Pengusaha radio swasta sepatutnya peka dengan keunikan pendengar radio di Sabah,” katanya. Tambahnya, kehadiran beberapa saluran radio swasta dari semenanjung yang dikatakan popular mengembangkan sayap ke Sabah, sememangnya telah meningkatkan semangat dan motivasi pengkarya seni di negeri ini.

“Mereka merasa tercabar dengan kehadiran radio-radio ini dan artis-artis Sabah bersaing sesama mereka untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Artis Sabah merasakan inilah platform terbaik bagi mereka mengembangkan bakat dan seni mereka.”Namun kata Rozie, malangnya dakwaan DJ Othoe itu sangat serius dan sekaligus boleh melemahkan semangat karyawan tempatan. “Jangan katakan karya anak seni Sabah tidak berkualiti kerana radio-radio swasta yang mendendangkan lagu dari Sabah sering berkumandang di restoran restoran dan sangat disukai ramai. Lagu-lagu tempatan inilah pengusaha restoran, memasang radio swasta di premis mereka,” katanya

“Kita minta kerajaan Sabah mengamblil berat dan mengkaji kesan baik buruknya kewujudan radio swasta ini sama ada memberi kebaikan kepada perkembangan seni atau sebaliknya. “Sepatutnya saluran saluran radio ini membantu karyawan seni Sabah kerana mereka mempunyai versi sendiri. Dalam pada itu katanya, mungkin sudah tiba masanya sebuah stesen radio swasta di wujudkan di negeri ini mengikut versi sendiri. Apatah lagi pada ketika ini sudah begitu banyak radio dalam talian yang diwujudkan di negeri ini dengan dikendalikan oleh anak-anak tempatan dan mempunyai ramai pendengar.

“Kita yakin radio itu pasti menjadi lebih popular dan lebih banyak membantu mengembangkan kesenian Sabah yang tersendiri selain menjadi wadah kepada sumber maklumat terkini. “Kita sangat berbangga dengan semangat kamikaze DJ Othoe yang sanggup mengorbankan kariernya semata-mata mempertahankan artis tempatan Sabah. Semoga rezeki beliau terus berkembang demi maruah anak seni Sabah”. Kepada pengiat seni Sabah, kata Rozie, sudah tiba masanya persatuan yang mewakili mereka lebih vokal dan bersatu padu agar kedudukan mereka sebagai artis di negeri ini tidak mudah dipermainkan.

Kata Rozie lagi, beliau juga menerima banyak aduan serta rintihan dari artis tempatan Sabah yang bila digandingkan dengan artis artis semenanjung sering tidak dibayar seperti mana yang dijanjikan. “Artis tempatan dijadikan artis pembuka, jika dibandingkan dengan artis-artis semenanjung artis tempatan, sebenarnya lebih diminati. Tetapi malangnya pihak penganjur konsert menganggap mereka sebagai artis percuma dan mereka sepatutnya bersyukur kerana diberikan peluang berkongsi pentas dengan artis dari semenanjung.

“Ingatlah bahawa artis Sabah ramai yang bersungguh sungguh dalam bidang ini dan mereka juga sebenarnya adalah pejuang seni,” Dalam pada itu juga, Rozie berkata bahawa saluran 180 TVi sepatutnya memberi lebih banyak peluang kepada produksi Sabah. Namun yang berlaku ialah, baik di RTM sendiri kebanyakan slot untuk Sabah diambil oleh produksi dari semenanjung. “Berilah peluang kepada penggiat seni di Sabah dan PBRS sangat yakin dengan mengendalikan produksi sendiri kami sangat yakin penduduk Sarawak dan Semenanjung akan lebih mengenali Sabah seperti mana yang disarankan dalam konsep 1Malaysia,” katanya.

Antara kenyataan dari DJ Othoe:


"sukar memartabatkan hiburan tempatan sepertimana yang dilakukan sebelum ini"

"Kalau dahulu di Kuala Lumpur dalam Segmen Suria Pagi Kinabalu, saya diberi kebebasan untuk memutarkan lagu-lagu tempatan dan seterusnya memartabatkan penyanyi Sabah"

"Apabila ditukar ke mari (Sabah), saya dapati pemilihan lagu lebih kepada pihak pengurusan di mana hanya 3 hingga 4 lagu tempatan sahaja diputarkan berbandingkan dahulu"

"Kalau dahulu mereka (Suria FM) boleh dikatakan menyerahkan 100 peratus kepada saya dalam pemilihan lagu dan bebas untuk menyampaikan konti"

"Corak pemilihan lagu lebih tertakluk serta sudah dipilih melalui sistem yang mengutarakan lagu berulang ulang dan kurang lagu tempatan diputar. Jadi kalau ini berterusan saya rasa ia adalah tidak baik untuk perkembangan arena muzik di sini."


p.s:  Alaa.. tiada lagi keceriaan macam begini kalau DJ Othoe tiada di Suria FM. Saya bukanlah pendengar radio yang setia tetapi bila saja dengar si DJ Othoe bercakap memang terasa best,terhibur dengan caranya sendiri ditambah lagi dengan slang Sabahannya yang memang original. Tidak apalah DJ Othoe, mungkin ada platform yang lebih baik untuk DJ Othoe, manatau buli bikin Stesen Radio sendiri. Bermula secara kecil-kecilan macam sekarang ni guna radio online, banyak tu DJ2 tempatan sekarang pakai tu. Apapun all da best DJ Othoe, akan mengikuti perkembangan terbaru dari anda.

Friday, June 17, 2011

41 website kerajaan telah dihacked

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan serangan hackers ke atas 51 website kerajaan yang menggelarkan diri mereka Anynomous dan berasal dari Malaysia. Menurut sumber yang boleh dipercayai serangan ini berlaku hasil dari tindakbalas kerajaan Malaysia yang akan banned 10 filesharing website seperti di bawah:

1.http://www.warez-bb.org
2.http://thepiratebay.org
3.http://www.movie2k.to
4.http://www.megavideo.com
5.http://www.putlocker.com
6.http://www.depositfiles.com
7.http://www.duckload.com
8.http://www.fileserve.com
9.http://www.filestube.com
10.http://www.megaupload.com

Tuesday, June 14, 2011

Lelaki paling pendek di dunia


Junrey Balawing dari Philipine, 18 tahun merupakan pemegang rekod baru gelaran lelaki paling pendek di dunia dengan ketinggian 23.5 inci merampas gelaran itu daripada Khagendra Thapa Magar, 26 tahun dari Nepal yang memegan rekod sebelum ini dengan tinggi 26.4 inci.

Sunday, June 12, 2011

Hazama Juara Akademi Fantasia 9

Baru saja keputusan diumumkan dan juara untuk Akademi Fantasia 9 dan yang terakhir dimenangi oleh Hazama. Juara membawa pulang sebuah kamera cybershot dari Sony, sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM200,000. Tempat kedua dimenangi oleh Lena. Ketiga Fina dan tempat keempat adalah Azri. Tahniah diucapkan kepada Hazama ternyata penantian selama 5 tahun untuk memasuki Akademi Fantasia memberi tuah kepada Hazama.

Thursday, June 9, 2011

Play guitar using google for a limited time

Yep it's true for a limited time. While am start googling for infos I amused with the Google Image on their hompage (http://www.google.com), well it's a guitar string. So as I'm curious about the design I move my mouse over the string and then, it make sound the melody from a guitar.. geezz.. cool hahaha. If you want to play using keyboard just click the keyboard image below the string. Enjoy playing it while you can heh.

Wednesday, June 8, 2011

Pemuda jalanan menuju puncak kejayaan


Kisah pemuda dari Korea, Selatan Sung-Bong Choi,22 tahun.  Sejak berumur 3 tahun berada di rumah anak-anak yatim dan lari dari rumah anak yatim ketika berumur 5 tahun kerana tidak tahan dipukul oleh orang-orang di sana. Menjual gula-gula getah dan minuman bertenaga dijalanan untuk menyara kehidupannya selama 10 tahun. Tidak ada tempat tinggal yang tetap, tidur di tangga ataupun di tandas awam. Tetapi dia mempunyai keazaman memperbaiki dirinya walaupun tidak mendapat pelajaran secara formal sebelum ini tetapi dia telah mengambil ujian GED untuk mendapat sijil persekolahannya dan buat pertama kalinya pergi ke sekolah tinggi untuk menyambung pelajarannya.

Tetapi Tuhan telah mengurniakan dia suara yang unik dan mampu memukau para penonton yang mendengarnya. Tidak pernah mengambil kelas vokal, Choi hanya mendengar dari vokalis di sebuah pub dan berlatih sendiri. Dengan keazamannya ketika membuat persembahan di rancangan realiti, Korea Got Talent, membuatkan para juri dan penonton kagum dan menitiskan air mata, meremang bulu roma dan  terharu dengan persembahannya.

Kisah ini menjadi inspirasi kepada mereka yang menganggap diri mereka dilanda kesusahan yang merasakan mereka tidak mempunyai harapan untuk meneruskan kehidupan. Choi telah merasai keperitan hidup dalam 10 tahun kehidupannya. Walaupun tidak mendapat kasih sayang dari kedua ibubapanya dia tetap meneruskan kehidupannya

Monday, June 6, 2011

Akademi Fantasia 9, Minggu ke 9, Erul tersingkir


Akhirnya terjawab sudah siapa pelajar yang layak ke peringkat final AF9, Akademi Fantasia yang terakhir. Erul merupakan pelajar yang terakhir tersingkir dalam AF9 dan dengan ini 4 orang pelajar akan berentap untuk mendapat gelaran juara bintang akademi fantasia 9 iaitu Lena,Fina, Azri dan Hazama.

Berikut adalah kedudukan pelajar selepas undian ditutup.

1. Hazama - 29%
2. Lena - 25%
3. Azri - 25%
4. Erul - 21%

* Fina layak secara automatik ke peringkat akhir setelah mendapat imuniti pada minggu sebelumnya

Saturday, June 4, 2011

Prince William divorce after 5 weeks marriage?

Biar betul ni cerita, sekali cek punya cek rupa-rupanya cuma rumor yang mimang palsu, fake, tipu. Semua cerita tipu ini bermula di sini http://www.theonion.com/articles/prince-william-divorces-kate-middleton-after-5-wee,20648/. Ini hanyalah rekaan semata-mata untuk menarik traffic ke website tersebut, ramai orang tertipu. Iya kalau benar mimang sudah keluar di tv punya ini tv ataupun newspaper mimang tiada.

Wednesday, June 1, 2011

Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2011

Kepada mereka yang ada memohon  Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) untuk ambilan Jun 2011 yang telah mengambil ujian insak  dan telah menjalani proses temuduga anda boleh membuat semakan Keputusan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2011 melalui laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru mulai 19 Mei 2011.

Semakan Melalui Internet
Semakan sudah boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:



Semakan keputusan permohonan menggunakan SMS boleh dibuat seperti berikut :

MOEKPLSPMNOKP dan hantar ke 15888. contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.

Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan secara sms sila taip :
MOEKURKPLSPMKODKURSUS dan hantar ke 15888. contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888
Borang Am 402

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Pertanyaan
Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2011 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

PS: Apapun, yang tak dapat, jangan sedih. Anda masih ada peluang lagi pada masa-masa yang akan datang. Insya-Allah. Anda tidak dapat bukan kerana anda tidak layak, mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kamu dalam masa yang terdekat ini

Juara Unduk Ngadau 2011


Ya itu dia pemenang Unduk Ngadau 2011 dari Penampang, Bo Tiza Disimon. Top 7 finalis Unduk Ngadau:

1. Bo Tiza A. Disimon, Penampang
2. Jovenea Jim, Tamparuli
3. Caroline Anthony, Tuaran
4.Sophie Angela K, Ranau
5. Rachel M. A, DBKK
6. Alvera Raymond K, Sandakan
7. Adeline Joyce M., Likas

Tapi dengar-dengar ramai yang ndak puas hati dengan keputusan ini. Sebab diakan, diorang bilang yang si Tiza ni jawab tergagap-gagap time sesi Soal Dan Jawab.  Iyakah saya pun tidak tau coz saya tidak dapat pigi tinguk. Apapun congrats kepada pemenang-pemenang. Untuk pengetahuan anda pemilihan pemenang Unduk Ngadau dipilih berdasarkan Kecantikkan,Penampilan,Kebijaksanaan dan Keaslian.

Mau tengok gambar para peserta-peserta Unduk Ngadau 2011 klik di sini